07 September 2011

IDOLA SAYA



Kalau orang tanya saya siapakah idola saya?Mesti saya jawab, “mak dan ayah”.Nak tahu kenapa saya jawab begitu.
Sebabnya:
Mak dan ayah yang paling hampir dengan saya.
Mak dan ayah penyumbang paling besar dalam kehidupan saya.
Mak dan ayah paling baik dengan saya.
Mak dan ayah tempat saya menumpang kasih sayang.
Mak dan ayah tempat saya bermanja.
Mak dan ayah tempat saya mengadu masalah sekiranya saya ditimpa masalah.
Mak dan ayah segala-galanya bagi saya.

Mak idola terbaik saya,sebabnya:
Mak yang mengandungkan saya selama sembilan bulan sepuluh hari.

Firman ALLAH yang membawa maksud:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Al-Ahqaaf ayat:15)
           
Mak yang melahirkan saya melalui pembedahan.
Mak yang menyusukan saya,dari saya di lahirkan hingga saya berumur 2 tahun lebih.Dari air susu mak saya dibesarkan.

Firman ALLAH dalam surah Luqman ayat:14 yang bermaksud:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”.

Mak yang membesarkan saya.
Mak yang mendidik saya.
Mak banyak berkorban untuk saya,dari saya di lahirkan hingga kini.

Ayah juga idola terbaik saya,sebabnya:
Ayah berusaha siang dan malam,sanggup berpanas hujan semata-mata untuk mencari rezeki membesarkan saya.
Ayah juga banyak berkorban untuk saya.
Ayah sanggup mengenepikan keinginannya untuk memberi ruang kepada saya,agar kehidupan saya lebih terjamin.

Mak dan ayah segala-galanya bagi saya.
Mak dan ayah contoh terbaik saya.
Pengorbanan mak dan saya sungguh besar untuk saya.

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibuitu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan”. (Al-Baqarah ayat:233)

“Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah”. (Luqman ayat:33)

Tanpa mak dan ayah,tiadalah saya kat dunia ni.


“Dan DIA lah yang menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam),maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi) dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur).Sesungguhnya KAMI telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (KAMI) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam)”.(Al-An’aam ayat :68)

Mak dan ayah idola terbaik saya.Doa dari saya untuk mak dan ayah:

“Wahai Tuhan kami!,berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”.(Ibrahim ayat :41)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan