Kalau novel atau majalah kita boleh baca sampai habis,biarpun setebal mana pun.Apatah lagi kalau novel tu mempunyai jalan cerita yang menarik sesuai dengan citarasa kita,sanggup kita baca berulang-ulang kali.Bagi peminat-peminat novel tentu banyakkan novel kat rumah masing-masing.Kalau tiada penulis tiadalah pembacanyakan,begitu juga sebaliknya,kalau tiada pembaca tiadalah penulisnyakan.Hebat kitakan,dalam sehari kita boleh khatam novel berkali-kali.Sudah tu,sanggup keluarkan belanja yang banyak untuk membeli novel.
Kenapa kita tak lakukan perkara yang sama dengan Al-Quran?Novel kita baca,Al-Quran juga kita baca,tapi kurangkan baca novel lebihkan baca Al-Quran.Tentu ramai yang berkata ‘dah minat nak buat macam manakan’.Apakata kalau kita tambahkan dalam minat kita selain baca novel kita baca Al-Quran.Cubalah dan kita akan dapat rasakan ketenteraman hati milik kita.Di samping membaca Al-Quran kita hayati terjemahannya.Al-Quran sebagai Nur(cahaya) yang menerangi segala-galanya.
“Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak)”. (An-Nisaa' ayat:174)
Bila kita amalkan membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian,hati kita akan rasa rindu untuk membacanya setiap hari.
AL-Quran,
Kitab Kalamullah,
Rindu rasanya jika tak dapat menatapnya,
Sepi jika tak dapat mengalunkan irama merdunya,
Tersiksa jika sehari tak dapat memegangnya.
Al-Quran,
Kitab Kalamullah,
Terhiburnya hati bila irama merdunya diperdengarkan,
Terasa damainya jiwa,bila bait-bait sucinya dialunkan,
Kesunyian tiada lagi dirasai.
Al-Quran,
Kitab Kalamullah,
Dapat menyuluh hati yang kebingungan,
Tidak jemu menghayatinya,
Jiwa tenteram,hati menjadi tenang.
Al-Quran penawar segala-galanya.
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman”. (Yunus ayat:57)
Tenangkanlah diri dengan mengingati ALLAH,
Syukur akan nilmatNYA,lafazkan ALHAMDULILLAH,
Resah gelisah di hati,damaikanlah dengan ZIKRULLAH,
Tiada ketenangan di jiwa,alunkanlah ayat-ayat suci dari kitab KALAMULLAH.
Maha suci ALLAH,subhanallah,
Syukur padaMU Ya ALLAH,alhamdulillah,
Tiada TUHAN melainkan ALLAH,lailahaillallah,
ALLAH maha besar,ALLAHUAKBAR.
Bila amarah menguasai,siramilah diri dgn berwuduk,
Bila hati berbelah bahagi,rawatlah ianya dgn bersolat,
Bila fikiran bercelaru,damaikan ianya dgn alunan ayat-ayat suci Al-Quran,
insyaALLAH ketenangan milik diri jua.
“Hai!orang-orang yang beriman,bertaqwalah kamu kepada ALLAH dan katakanlah perkataan yang teguh(benar dan tepat).Nescaya ALLAH memperbaiki amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu.Dan (ingatlah) sesiapa mentaati ALLAH dan RasulNYA,maka sesungguhnya dia telah memperoleh kejayaan yang amat besar”.
(Surah Al-Ahzab ayat:70 & 71)
Diterang dalam sebuah hadis bahawa terdapat tiga amalan yang paling teguh:
1.Hendaklah mengingati ALLAH dalam setiap keadaan (sedih ataupun gembira,kesempitan ataupun kelapangan hidup).
2.Hendaklah berlaku adil terhadap diri sendiri (yakni jangan hanya bertegas terhadap orang lain tetapi bersikap ambil mudah terhadap diri sendiri).
3.Hendaklah membantu saudara-saudara kamu dengan harta benda.
“Maka sampaikanlah berita gembira kepada hamba-hambaKU yang mendengar perkataanKU lalu mengikuti perkataan yang paling baik daripada perkataan itu.Merekalah orang-orang yang telah diberi petunjuk hidayah oleh ALLAH dan mereka itulah orang-orang yang berakal”.
(Surah Az -Zumar ayat:18)
“Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam”.(Al-Waaqi'ah ayat:80)
Terasa damainya hati,bila ayat-ayat suci Al-Quran memenuhi jiwa ini.
Tenangnya hati bila ayat-ayat suci Al-Quran di alunkan.
Iramanya lebih merdu dari lagu-lagu puitis yang berkumandang diudara setiap hari.
“Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);”.(Al-Qiaamah ayat:17)
“Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui”. (Al-An'aam ayat:11)
Jadikanlah Al-Quran teman setia kita sehari-hari.Tidak akan rugi apa-apa jika kita bertemankan dengan Al-Quran.Hati dan minda kita akan tenang-setenangnya.
Gunakanlah anugerah ALLAH untuk kita seperti:
Tangan untuk memegang Al-Quran dalam keadaan kita bersih dan sentiasa berwuduk.
Suara untuk kita alunkan bait-bait puitis dari Al-Quran.
Telinga untuk kita perdengarkan irama merdu dari Al-Quran.
Hati untuk kita menghayati setiap terjemahan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.Sematkan dalam hati rasa rindu untuk membaca Al-Quran.
Minda untuk kita berfikir,ambil pengajaran dan iktibar dari ayat-ayat suci dan terjemahan yang kita alunkan.Luangkan masa kita untuk berdamping dengan Al-Quran,walau sesibuk mana sekalipun.InsyaALLAH,moga ALLAH permudahkan segala-galanya.
Dan ingatlah bahawasanya,Al-Quran bukanlah perhiasan dalam rumah kita,tapi Al-Quran ialah teman setia kita di waktu kita susah mahupun di waktu kita senang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan