05 September 2011

DUGAAN BUAT AYAH



Ayah,
Kakak sayang ayah.Kakak sedih tengok keadaan ayah,ayah sakit.Sudah sebulan lebih ayah sakit,belum ada tanda-tanda hendak sembuh.Beberapa hari lagi,hari ulangtahun kelahiran ayah,ayah pula kat hospital.

Ayah,
Kesihatan ayah lagi pentingkan dari hari ulangtahun kelahiran ayah.Lagipun bukan cara kita nak sambut hari ulangtahun ni.Cukuplah sekadar kita mengingati tarikh dan hari kita dilahirkan baik dalam kalendar masehi mahupun hijrah.Ayah,mak,kakak dan adik di lahirkan pada hari yang sama  iaitu hari Khamis.Secara kebetulan pula,manakala abang pada hari Ahad.

Ayah – 8 September,1966 bersamaan 23 Jamadilawal , 1386 (hari khamis)
Mak – 16 September ,1970 bersamaan 26 Rejab , 1391 (hari khamis)
Abang – 6 Februar,1994 bersamaan 25 Sya’aban , 1414 (hari ahad)
Kakak – 4 Mei ,1995 bersamaan 5 Zulhijjah , 1415 (hari khamis)
Adik – 20 Mac , 1997 bersamaan 12 Zulkaedah , 1417 (hari khamis)

Ayah,
Cepatlah sembuh,kakak sentiasa doakan kesejahteraan ayah.Sedih sangat-sangat bila melihat keadaan ayah.Sahabat-sahabat ayah pun terkejut melihat keadaan ayah,semasa mereka melawat ayah kat hospital.Dalam ayah menanggung kesakitan pun,ayah sempat lagi bergurau dengan sahabat-sahabat ayah.Ayah cakap,ayah dah jadi ‘orang tengkorak’(maksudnya tinggal kulit dan tulang je).

Ayah,
Kakak sayang sangat-sangat kat ayah,setiap hari ayah hantar kakak ke sekolah.Terima kasih banyak-banyak ayah.Kakak banyak menyusahkan ayah,kakak minta maaf ayah.Ayah sakit pun,kakak suruh juga ayah hantar ke sekolah.Apalah kakak ni,padahal kakak boleh je jalan kaki ke sekolah.Maafkan kakak ya ayah.

Ayah,
Jasa dan pengorbanan ayah,tak mungkin kakak lupakan.Ayah baik sangat dengan anak-anak.Kakak sayangkan ayah.Pilu dan sayu hati ini melihat penderitaan ayah.Kalau boleh di tukarkan,biarlah kakak je yang menanggung penderitaan ayah.Kakak tak sanggup melihat keadaan ayah yang sedemikian.Sedih sangat-sangat,tapi apa boleh buat.

Ayah,
Ujian dan dugaan ALLAH buat ayah,ayah terima dengan redha.Kesabaran ayah memang patut di puji.Walaupun sakit,ayah tak pernah melupakan PENCIPTA.Ayah setia denganNYA.Tak pernah sekalipun ayah merungut,sebab ayah tahu di sebalik ujian dan dugaan yang menimpa ayah,ada hikmah yang tersembunyi.Hanya doa yang ayah pohon kepadaNYA supaya ayah diberi kesembuhan,agar ayah boleh melakukan amal ibadat seperti biasa.

Ayah,
Banyakkan bersabar,sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang-orang yang bersabar.

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. (At-Taghaabun ayat:11)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan