28 November 2011

SURAH ADH-DHUHA


Bismillah


A001
Demi waktu dhuha, (Adh-Dhuha 93:1

A002
Dan malam apabila ia sunyi-sepi - (Adh-Dhuha 93:2

A003
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). (Adh-Dhuha 93:3

A004
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. (Adh-Dhuha 93:4

A005
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. (Adh-Dhuha 93:5

A006
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? (Adh-Dhuha 93:6

A007
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? (Adh-Dhuha 93:7) 

A008
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? (Adh-Dhuha 93:8)  

A009
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, (Adh-Dhuha 93:9

A010
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; (Adh-Dhuha 93:10

A011
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. (Adh-Dhuha 93:11)


27 November 2011

PESANAN BUATMU


Wahai insan bernama lelaki,
Bila mana engkau di ajak melakukan kemungkaran,
Engkau jadikan Nabi Yusuf  a.s sebagai contoh,
Yang rela menerima hukuman dari manusia,
Dari menerima hukuman ALLAH.

Bermuhasabahlah diri dengan kata-kata Nabi Yusuf a.s:
“Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya". (Yusuf ayat:33)

“Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Yusuf ayat:34)

Wahai insan bernama lelaki,
Lihatlah,betapa mudahnya ALLAH memperkenankan doa Nabi Yusuf a.s,
Ketahuilah olehmu,sesungguhnya ALLAH jualah yang Maha Mendengar,lagi Maha Mengetahui.

Wahai insan bernama lelaki,
Usahlah terpedaya dengan kata hati menurut hawa nafsu,
Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh kepada kejahatan.

Renungilah surah Yusuf ayat:53:
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. (Yusuf ayat:57)

Wahai insan bernama lelaki,
Berdoalah kepada ALLAH,
Minta di jauhi dari segala fitnah,
Kerana wanita fitnah terbesar buatmu.

 "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Al-Baqarah ayat:201)

Hayatilah hadis ini:
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Rasulullallah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:  “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”.
 (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Wahai insan bernama lelaki,
Hayatilah pengajaran dari hadis ini:
1. Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia,siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.
2. Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.
3. Oleh itu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.
4. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah. 

Wahai insan bernama lelaki,
Basahi lidah dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran,
Zikir-zikir memuji ILAHI,
Asma’ ul husna mengingati nama ALLAH,
Sebagai pendinding dari segala fitnah,
Moga dirimu sentiasa dalam rahmat dan redhaNYA.

PESAN AYAH

Wahai anak-anakku,
Andai kedua ibu bapamu tiada lagi,
Usahlah menangis hiba,meratap pilu,
Kerana setiap yang hidup pasti akan mati.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”. (A-li'Imraan ayat:185)

Wahai anak-anakku,
Andai kedua ibu bapa tiada lagi,
Kirimkan doa dan sedekahkan ayat-ayat cuci Al-Quran,
Moga tempat pembaringan ibu bapamu sentiasa bercahaya.

Wahai anak-anakku,
Jadilah seorang anak yang soleh dan solehah,
Yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa dunia dan akhirat.

"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa' ayat:24)

Wahai anak-anakku,
Dengarlah pesanan ayahmu ini,
Walau sesibuk manapun dalam mengejar urusan duniawi,
Ukhrawi janganlah ditinggalkan,
Kerana duniawi hanyalah sementara sahaja,
Kejarlah kejayaan duniawi dan ukhrawi.

 "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”. (Al-Baqarah ayat:127)

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Al-Baqarah ayat:201)

 "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (A-li'Imraan ayat:8)

Wahai anak-anakku,
Carilah redha kedua ibu bapamu,
Moga hidupmu sentiasa dalam redha ALLAH….insyaALLAH.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
 (Hadis Riwayat al-Hakim)

Pengajaran hadis:
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredhaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah. 

26 November 2011

SUKARNYA JADI ORANG POPULAR


Sukarnya jadi orang popular,ditambah lagi dengan handsome(bagi lelaki) dan cantik(bagi perempuan).Ramai yang ingin mendekati.Kalau artis tu lainlah,terang-terang dah popular,ini tak orang biasa aje. ‘Handsome’ sangat pun payah,ramai wanita yang menaruh hati.Kalau kebaikan diberikan seperti kerap memberi pertolongan atau apa-apa aje pun disalahertikan.Mulalah gangguan diterima melalui sms di telefon,chat,mesej inbox di facebook dan macam-macam lagilah.Zaman sekarang semuanya mudah,hanya dihujung jari aje,maklumlah ‘dunia dah maju,zaman dah berubah’.Hanya satu ‘klip’je semuanya jadi mudah.

Akibat tak mahu diganggu berterusan pendekatan mudah terpaksa diambil, kekosongan‘status hubungan’di facebook terpaksa diisi.Walaupun hakikat sebenarnya,tiada mempunyai hubungan dengan sesiapapun,tapi oleh kerana kerap sangat  menerima gangguan,itulah jalan terakhir yang terpaksa diambil semata-mata untuk mengaburi mata ‘si pengganggu’ itu.Kasihan sesiapa yang menerima nasib sebegini.

Sudah menjadi satu rutin,tak semena-mena terpaksa ‘update status’ mengenai hubungan percintaan.Bahagia sangat-sangat di lamun cinta.Padahal tiada sesiapa pun yang bertakhta di hati.Kalau di fikirkan kembali,banyak masa terbuang melayan situasi yang sebegini.Di dada facebook,dipenuhi status percintaan.Timbul belas kasihan,pada sesiapa yang mengalami  nasib sebegini.

Urusan-urusan lain semuanya terganggu.Kehidupan tak setenang orang lain.Manakan tidak,asyik ada gangguan aje.Saban hari pula tu tak kira siang malam,pagi petang.Ada-ada aje sms di telefon,mesej inbox  di facebook.Berbagai-bagai kata manis diterima,hinggakan ada yang boleh mengongcangkan iman,andai iman tak kuat pasti mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan.Elakkan diri dari terjebak kea rah kemungkaran dan kemaksiatan.Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arah kesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan iblis yang mahukan manusia tergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.
Fitnah syaitan akan mendatangi sesiapa sahaja. Hanya iman yang teguh dan mantap sahaja dapat menangkisnya. Oleh itu sebagai pendindingnya kita hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan berzikir dan beristighfar agar hati tidak mudah lalai dan terpesong kepada perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat.

“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Al-A'raaf ayat:200

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)”. (Al-A'raaf ayat:201

Kepada sesiapa yang mengalami  nasib sebegini,banyakkan bersabar dan mohon doa dari ALLAH,moga  ‘si pengganggu’ itu berhenti terus dari mengganggu anda.

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah ayat:153)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)”. (A-li'Imraan ayat:200)

Anggaplah itu semua ujian dan dugaan dari ALLAH untuk hamba-hambaNYA yang beriman.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah ayat:286)

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”. (A-li'Imraan ayat:8)

22 November 2011

CINTA , RINDU , KASIH DAN SAYANG BIARLAH PADA YANG BERHAK



‘i love you so much..Please3, say that you love me too’
Wahai muslimah,
usahlah dipujuk rayu seseorang yang bukan milikmu yang sah…
dimana letaknya malumu…
penampilanmu dijaga rapi,auratmu terpelihara…
tapi hatimu,masih lagi tak dijaga dan dipelihara…
bisikan-bisikan musuhmu sentiasa  diikuti….

Wahai muslimah,
sekalipun malumu tiada pada sesama insan…
tapi letaklah malumu pada ALLAH…
jadikan malu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam sebagai ikutan…

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda”.
 (Muslim)

Wahai muslimah,
Renungilah kata pujangga ini:
“Orang yang dituntun oleh agamanya,yang diluruskan oleh akalnya,yang dijaga oleh hartanya dan yang dihiasi oleh rasa malunya maka dia telah menghimpunkan semua nilai keutamaan dalam dirinya”.

“Berbahagialah orang yang jika mendapat limpahan nikmat maka akan bersyukur,jika diuji maka akan bersabar,jika berbuat dosa maka akan beristigfar,jika marah maka akan segera mengawalnya dan jika berkuasa maka akan berlaku adil”.

Wahai muslimah,
Ingatlah dan utamakan…
nyatakan cintamu kepada PENCIPTAMU..
kerana DIA lebih berhak dicintai.
nyatakan rindumu kepada PENCIPTAMU…
kerana DIA lebih berhak dirindui.
nyatakan kasihmu kepada PENCIPTAMUA..
kerana DIA lebih berhak dikasihi.
nyatakan sayangmu kepada PENCIPTAMU…
kerana DIA lebih berhak disayangi.

Wahai muslimah,
simpanlah cinta,rindu,kasih dan sayangmu…
untuk seseorang yang halal buatmu.
InsyaALLAH,bahagia buatmu hingga ke syurga.


21 November 2011

HARAPAN MAK DAN AYAH


Rasa tak lengkaplah kehidupan sehari-hari tanpa mak dan ayah kita.Bangun tidur mesti nak mak dan ayah ada depan mata.Balik rumah mesti nak mak dan ayah ada bersama.Nak ke mana-mana mesti bersama mak dan ayah.Pendek kata semuanya nak mak dan ayah ada bersama.

Bila berjauhan mesti teringat mak dan ayah.Hubungi mak dan ayah setiap hari.Tanya perkhabaran,minta doa restu.Tak dapat bayangkan andai mak dan ayah tiada lagi.Bangun pagi-pagi panggil mak dan ayah tapi tiada jawapan.Balik rumah bagi salam,panggil mak dan ayah tapi tiada sahutan,sunyi sepi rumah.

Terasa kesedihan mencengkam sanubari.Terimbau kembali kenangan manis bersama mak dan ayah…gelak tawa mak dan ayah…gurau senda mak dan ayah…kasih sayang mak dan ayah,tapi semua itu tak mungkin akan berulang kembali lagi.Tiada lagi gelak tawa mak dan ayah…tiada lagi gurau senda mak dan ayah…tiada lagi kasih sayang mak dan ayah.

Kejayaan  yang dikecapi tiada lagi perkongsian,andai mak dan ayah tiada lagi.Mengalir airmata kegembiraan bila segala usaha yang tidak mengenal putus asa akhirnya menghasilkan kejayaan yang membanggakan,tapi kejayaan itu nak dikongsi bersama siapa.Orang yang selalu mendoakan kesejahteraan,kejayaan dan kebahagiaan kita dah tiada lagi.Sedihkan.

Bagi yang berjaya dunia akhirat,alhamdulillah..sejuk perut ibu yang mengandung.Tak sia-sia pengorbanan mak dan ayah selama ini,aman bahagia mak dan ayah di alam barzakh..ya la kan,ada anak soleh dan solehah yang sering mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mak dan ayah..Tapi bagi yang tidak,macam mana pula,semasa hayat mak dan ayah masih ada..mereka sering bagi nasihat,tapi kita buat pekakkan telinga je.Kita tak terfikir akan masa depan,kita dengan dunia kita je.Kita tak fikir langsung,yang hidup kita kat dunia ini hanya sementara sahaja,bila-bila masa kita akan di panggil pulang menemuiNYA.

Kita tak jadikan firman ALLAH sebagai renungan.

“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan”. (Al-Munaafiquun ayat:11)

Kita menganggap nasihat mak dan ayah sebagai leteran.Mak dan ayah tahu apa yang terbaik untuk anaknya,tapi kita sendiri buat endah tak endah dengan nasihat mak dan ayah.Bila mak dan ayah tiada lagi,penyesalan yang kita lakukan untuk apa lagi.Sudah tiada gunanya lagi,sebab mak dan ayah dah tiada.Mereka mengharapkan yang terbaik untuk kita,tapi kita sia-siakan  pengharapan mereka.Kesian mereka kat alam barzakh sana,sebab tiada doa dari anak yang soleh dan solehah.

Selagi mak dan ayah ada depan mata,berbaktilah.Mak dan ayah tak minta harta yang bertimbun…mak dan ayah tak minta duit yang berjuta…mak  dan ayah tak minta kemewahan dan yang mak dan ayah minta supaya kita menjadi manusia yang berguna…yang hormat mak dan ayah…yang taatkan ALLAH.Mak dan ayah minta supaya kita berjaya dunia dan akhirat.Apa yang mak dan ayah minta,bila mak dan ayah pergi nanti,biarlah doa dari anak yang soleh dan solehah menringi mak dan ayah ke alam barzakh.Biarlah mak dan ayah bahagia kat sana.Itu je yang mak dan ayah minta,tapi mampukah kita memberinya.Tepuk dada tanya iman.

Doa mak dan ayah sejak kita dalam kandungan lagi:

" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". (A-li'Imraan ayat:38)

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Ibrahim ayat:40

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Al-Baqarah ayat:201)

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Al-Furqaan ayat:74)

Sebagai anak yang soleh dan solehah,yang mengasihi mak dan ayah berdoalah selalu untuk mereka:

"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa' ayat:24)

" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (An-Naml ayat:19)

Moga kebahagiaan mak dan ayah berkekalan hingga ke syurga  dan kita sebagai anak yang soleh dan solehah…insyaALLAH.

20 November 2011

UNTUK AYAH



Assalamualaikum ayah…moga ayah sentiasa dalam rahmat dan redhaNYA.

Ayah,
Nantikan bila ayah sembuh dari sakit ayah…ayah bacalah luahan hati anak ayah ni.Entahlah ayah,tetiba je nak luahkan kat sini.Anak ayah ni,tak pandai nak berpura-pura,ini luahan sebenar dalam hati anak ayah.Ayah,dari riak wajah anak ayah ni,orang akan nampak keceriaan yang terpancar,sebab anak ayah tak pandai nak buat wajah sedih.Tapi dalam hati anak ayah,hanya ALLAH je yang tahu,betapa pilunya,betapa sayunya hati melihat ujian dan dugaan yang menimpa ayah.

Ayah,
Ayah tahukan bagaimana sikap sebenar anak ayah.Anak ayah ni,memang tak tahu nak tunjuk wajah sedih kat semua orang.Sedaya upaya anak ayah cuba menyembunyikan kesedihan itu.Hari-hari yang anak ayah lalui seperti biasa,riang bersama teman-teman.Tapi tak ada sesiapa pun yang tahu ,hati ini merintih sayu,menangis pilu mengenangkan penderitaan ayah.Bila mengenangkan penderitaan ayah,anak ayah menangis seorang diri.Anak ayah tak mahu orang lain tahu,apa yang bermain diminda anak ayah sebenarnya.

Ayah,
Sudah beberapa bulan ayah menanggung penderitaan ini.Tak ada kesudahannya,
walaupun beberapa kali keluar masuk wad.Keadaan ayah masih di tahap yang sama.Perubatan tradisional pun ayah cuba juga.Kesian ayah,kalaulah sakit ayah tu boleh dipindahkan,anak ayah rela menanggungnya.Biarlah ayah sihat seperti sediakala,tapi semua itu tak mungkin sebab ALLAH tahu apa yang terbaik untuk ayah.DIA tahu ayah mampu menanggungnya,sebab itu DIA uji ayah dan DIA tidak sesekali memberi ujian di luar kemampuan hamba-hambaNYA.

Ayah,
Alhamdulillah,syukur dipanjatkan sebab ayah antara yang terpilih.DIA uji ayah,DIA nak tengok setakat mana tahap kesabaran dan ketabahan ayah menghadapi ujian dan dugaanNYA.Alhamdulillah,ayah tak pernah sekalipun merungut apatah lagi menyalahkan takdir.Seringkali ayah mengucapkan syukur,sebab ayah diuji dan ujian dariNYA sebagai kifarah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil.

ALLAH berfirman:
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. (At-Taghaabun ayat:11)

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya".
 (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ayah,
Anak ayah memang puji sangat-sangatlah akan kesabaran dan ketabahan ayah menerima ujian dan dugaan dari ALLAH.Bukan semua orang yang mampu sesabar dan setabah ayah.Tak semua ayah,hanya segelintir je.Moga ianya kekal selamanya,sebab ayah pun tahukan di sebalik ujian yang menimpa pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Ayah,
Rasanya dah panjang lebar anak ayah luahkan isi hati kat sini,doa dari anak ayah moga ayah cepat sembuh,sihat seperti sediakala…Aamin Ya Rabbal ‘Alamin.

Sayang ayah.

KEKAYAAN DUNIA HANYA BERSIFAT SEMENTARA


“Aku kaya,aku kaya…apa aku peduli dengan orang miskin.Semuanya hasil titik peluh aku sendiri,sikit pun aku tak minta pertolongan orang lain”,wah ! bangganya mendabik dada dengan kekayaan yang dimiliki.

Sedar tak kekayaan itu hanyalah sementara aje ataupun buat-buat tak sedar.Hanya kekayaan harta benda je,buat apa nak  mendabik dada.Tahu tak apakah kekayaan yang sebenarnya.

Renungi hadis ini:
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.” 
 (Hadis Riwayat Bukhari)

Huraian hadis:
1. Qarun di zaman Nabi Musa a.s adalah contoh manusia yang kufur dan angkuh dengan kekayaan yang dimilikinya. Dia bersikap bakhil dan boros pada perkara-perkara yang haram sedangkan Islam memerintahkan kita agar bersederhana dalam membelanjakan harta di samping mengeluarkan zakat yang difardhukan.
2. Harta yang dibekukan dan tidak dibelanjakan di tempat yang halal adalah termasuk dalam konteks membazir kerana tiada manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Contohnya tanah yang terbiar tanpa diusahakan.
3. Sesungguhnya kekayaan harta dan usaha untuk mendapatkan harta tidak menjadi halangan di dalam Islam selama mana seseorang itu berusaha dan bekerja dengan cara yang halal dan menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat taqwa, kaya jiwa serta tidak menonjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi)”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Huraian hadis:
1. Tiga perkara yang apabila dilakukan oleh seseorang maka ia dikasihi oleh Allah.
Pertama: Bertaqwa
Kedua : Kaya Jiwa (Berakhlak mulia)
Ketiga : Tidak menonjolkan diri
2. Setiap umat Islam hendaklah sentiasa memperbaiki dirinya dari masa ke semasa dengan menanamkan tiga sifat tersebut diatas secara berperingkat-peringkat.
3. Islam menyuruh umatnya supaya bertaqwa kepada Allah dan mempunyai sifat-sifat yang mulia dan berbudi bahasa, jangan bersifat sombong, ego dan sebagainya yang boleh menjatuh dan merendahkan mertabat kemuliaan manusia itu sendiri.

Kaya harta tak ke mana kesudahannya.Harta boleh hilang bila-bila masa sahaja,andai sikap sombong,bangga diri dan takbur bertakhta dalam diri.Lupa akan nikmat yang ALLAH anugerahi,lupa untuk mengungkapkan rasa syukur atas anugerah ALLAH.

Belajarlah bersyukur dengan mengungkapkan:
Alhamdulillah,atas anugerah ALLAH buatku (diberinya kekayaan yang melimpah ruah,insyaALLAH akanku gunakan anugerah ini sebaik mungkin dan ke jalan yang diredhaiNYA).
Alhamdulillah,atas anugerah ALLAH buatku (diberinya kesihatan yang baik untuk aku mencari rezeki yang halal dan untuk aku terus beribadat kepadaNYA).
Alhamdulillah,atas anugerah ALLAH buatku (diberinya akal yang baik untuk aku berfikir dan membolehkan aku mencari ilmu ke arah jalan yang diredhai dan diberkatiNYA).
Alhamdulillah,atas anugerah ALLAH buatku (diberinya peluang untuk aku menumpang buat sementara di bumi milikNYA ini,terpegum seketika dengan keindahan alam ciptaanNYA..itulah antara bukti kekuasaanNYA).
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah untuk segala-galanya.

19 November 2011

TERIMA KASIH AYAH UNTUK SEGALANYA



Ayah,
Lahir kami ke dunia,kami di azan dan di iqamat,
Bukti kasih sayang ayah dan mak,
Kami di pelihara bagaikan menatang minyak yang penuh,
Sedikit pun kami tak di sakiti,
Terima kasih ayah,untuk semua itu,
Moga ayah sentiasa dalam rahmatNYA.

Ayah,
Kami dididik dengan penuh kasih sayang,
Kami di belai dan di manja,
kasih ayah pada kami tak ternilai,
sayang ayah pada kami tiada harganya,
terima kasih ayah,untuk semua itu,
moga ayah sentiasa dalam redhaNYA.

Ayah,
Pengorbanan ayah,untuk kami tiada pengakhirannya,
Hingga akhir hayat,ayah berkorban untuk kami,
Tanpa mengenal erti jemu dan putus asa,
Dalam hati ayah,hanya ada kami,
Terima kasih ayah untuk semua itu,
Moga ayah sentiasa dalam peliharaanNYA.

Ayah,
Rasa sedih di hati kami,bila melihatkan keadaan ayah,
Walaupun keadaan ayah yang sedemikian,
ayah masih lagi mampu tersenyum,
Ayah masih mampu mencari rezeki untuk kami,
Terima kasih ayah untuk semua itu,
Moga ayah sentiasa dalam kasih sayangNYA.

Ayah,
Tiada lagi kata-kata indah  yang mampu kami ucapkan,
Untuk pengorbanan ayah,mendidik dan membesarkan kami,
Untuk masa terluang ayah bersama kami,
Untuk segala pengorbanan ayah buat kami,
Hanya terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan,
Dan doa kami mengiringi ayah,moga kesihatan ayah pulih seperti sedia kala.

Ya ALLAH,hanya padaMU kami memohon…berilah kesembuhan pada ayah yang sangat-sangat kami sayangi.
Aamin Ya Rabbal ‘Alamin.

18 November 2011

PERINGATAN DEMI PERINGATAN



Saya bangga dengan mak dan ayah saya, sebab selalu memberi peringatan kepada saya tentang solat.
 Kata mak dan ayah, ‘amal yang mula-mula sekali  dihisab pada hari kiamat kelak ialah solat’.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
 (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Huraian hadis
i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya.
ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya.
iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar):” Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.”

Saya bangga dengan mak dan ayah saya,sebab selalu memberi peringatan supaya banyakkan membaca Al-Quran dan hayati terjemahannya setiap hari.
Kata mak dan ayah, ‘Al-Quran akan memberi syafaat di akhirat kelak’.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”
 (Hadis Riwayat Muslim)

Huraian hadis:

i) Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
ii) Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah S.W.T. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak.
iii) Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :” Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.”
iv) Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.
v) Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar. 

Dari Abu Umamah al-Bahili r.a, katanya dia mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Aali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)”.
 (Hadis Riwayat Muslim)

Huraian hadis:
Al Quran merupakan petunjuk bagi umat manusia, di dalamnya tersimpan berjuta fadhilat atau hikmat yang tidak diketahui oleh manusia. Di samping itu al Quran juga berfungsi sebagai penawar atau pendinding bagi jasmani dan rohani manusia yang mengerti dan mengamalkannya menurut ketentuan sunnah. Yang penting adalah keyakinan diri kita terhadap kebesaran Allah dan keagungan kalimah-kalimah Allah yang dijadikan sebagai pendinding daripada kejahatan kuasa-kuasa ghaib yang dihantar oleh pengamal ilmu-ilmu kebatinan yang sesat (ilmu hitam). Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Berkuasa dan Dia-lah sebaik-baik pelindung yang tiada siapa dapat menandingi-Nya.

Saya bangga dengan mak dan ayah saya,sebab selalu memberi peringatan supaya menjaga aurat,akhlak peribadi dan tingkah laku sebagai seorang muslimah.
Kata mak dan ayah, ‘aurat yang sempurna,akhlak peribadi dan tingkah laku yang baik mencermin keperibadian seorang muslimah sejati’.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia”.
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Huraian
1. Allah S.W.T. memberi ganjaran yang amat tinggi kepada orang yang berakhlak mulia, setaraf dengan orang yang berpuasa serta mendirikan sembahyang di tengah malam.
2. Setiap Muslim hendaklah berusaha mempertingkatkan kualiti akhlaknya agar menjadi baik dan lebih baik sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini kerana setiap amalan akan dihitung dan dihisab di akhirat kelak.
3. Mukmin yang mempunyai akhlak mulia, bukan sahaja mendapat kemulian di dunia, bahkan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah di akhirat nanti.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.”
 (Hadis Riwayat at-Tarmizi)

Huraian hadis:
1. Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti.
2. Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak.
3. Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.


Saya bangga dengan mak dan ayah saya,sebab selalu beri peringatan kepada saya.Remaja seperti saya mudah terdedah dengan anasir-anasir jahat sekirannya tiada pengawasan yang sempurna dari mak dan ayah…terima kasih mak,terima kasih ayah.