Ketara sangat perbezaan antara menantu kaya dan menantu miskin dari segi sikap,kerajinan,budi bahasa,pergaulan antara adik beradik dan sikap pilih-memilih.
Menantu yang datang dari keluarga kaya memang sejak lahir lagi,dah senang-lenang.Tak biasa hidup susah.Apa yang dikehendaki pasti akan tertunai tanpa ada alasan tangguh menangguh.Adakah dengan kekayaan yang datang dari hasil titik peluh kedua orang tua kita,kita boleh berlagak sombong dengan orang lain?Menantu kaya ada IJAZAH,ada MASTER dan tak lama lagi sambung PHD.Wah! hebatnya menantu yang datang dari keluarga kaya.Apakah dengan memiliki kesemua itu dapat menjamin syurga di akhirat kelak?Tepuk dada tanyalah iman.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)
Firman ALLAH:
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman ayat:18)
Orang lain pun manusia juga,hina sangatkah orang miskin ni?Sedarlah disisi ALLAH,manusia ni semuanya sama.Tiada beza membeza antara satu sama lain,yang membezakan hanya amalan yang dilakukan.Andai amalan yang dilakukan ikhlas kerana ALLAH dan semata-mata mengharap keredhaan ALLAH,insyaALLAH syurga sebagai balasannya tanpa mengira seseorang itu miskin atau kaya.
Di dunia,bolehlah mengasingkan diri dari orang miskin tetapi di akhirat nanti tiada peluang berbuat begitu.Samaada suka atau tak,semua tu bukan kita yang menentukan.
Bila disana nanti,siapalah kita.Hanya manusia biasa aje,tanpa ada apa-apa kuasa pun untuk menjauhi diri dari orang miskin.
Sebelum berkahwin tu selidiklah dulu,asal usul pasangan kita.Tanya pada diri,andai pasangan kita miskin mampukah kita susah senang bersamanya dan susah senang bersama keluarganya.Diri pasangan aje yang kita mahu,tapi keluarganya kita tolak ketepi.Fikirlah,apa perasaan keluarga pasangan kita,tentu ada yang kecil hatikan dengan sikap kita.Andai itu jodoh terbaik untuk kita maka terimalah,bukan dirinya sahaja malahan semua ahli keluarganya.Itulah yang sebaik-baiknya.
Ibu mentua kita tentu akan merasa kecil hati dengan kita begitu juga dengan ahli keluarga yang lain seandainya kita menunjukkan sikap yang kurang selesa dengan mereka.Apa salah mereka,adakah kerana mereka datang dari keluarga miskin?Pasangan kita ada ijazah,berjawatan tinggi dan ada kehidupan mewah.Pendek kata dah berjaya,tapi sedarlah dan fikir-fikirkanlah serta renung-renungkanlah pasangan kita berjaya dengan restu dan doa siapa,dengan sokongan serta bantuan siapa?Kalau tak dengan restu dan doa mentua kita yang miskin,dengan sokongan serta bantuan ahli keluarga yang miskin.Setiap orang yang berjaya,mesti ada penyokong-penyokong di belakangnya.Dan satu lagi yang harus diingati sampai bila-bila,pasangan kita lahir dari rahim siapa yang menjadikan pasangan kita berjaya hari ini,kalau tak dari rahim mentua yang miskin itu.Ingatlah dari rahim mentua yang miskin itulah,kita boleh menumpang kebahagiaan dan kesenangan pasangan kita.Alasan apa lagi untuk kita berlagak sombong?
Menantu yang datang dari keluarga susah atau sederhana,dah biasa merasai betapa peritnya kehidupan yang pernah dilaluinya.Menantu miskin faham akan kekurangan yang ada pada pasangan dan keluarganya.Hanya orang miskin aje yang faham akan situasi orang miskin yang lain.Orang miskin juga boleh berjaya.
Menantu miskin apa kurangnya,ada ijazah.Tapi tak berlagak sombong.Ada budi bahasa,hormat ahli keluarga yang lain,sentiasa menziarahi ahli keluarga yang lain tanpa ada sikap pilih memilih dan boleh bergaul dengan ahli keluarga yang lain serta ringan tangan membantu ahli keluarga yang lain.Pendek kata serba serbi rajinlah.Bukan bermakna nak beza membeza antara menantu kaya dan menantu miskin,tapi memang itu dah kenyataannya.
Kalau mentua sayang menantu miskin tentu ada yang kecil hatikan.Tentu ada yang akan berkata ‘mentua tak adillah,mentua pilih kasihlah,mentua berat sebelahlah,mentua itulah,mentua inilah.Pening kepala mentua dibuatnyaTahan je lah telinga tu,wahai mentua.Bersabar ajelah dengan menantu kaya dan menantu miskin ni.Sekadar untuk renungan dan iktibar bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan