21 November 2011

HARAPAN MAK DAN AYAH


Rasa tak lengkaplah kehidupan sehari-hari tanpa mak dan ayah kita.Bangun tidur mesti nak mak dan ayah ada depan mata.Balik rumah mesti nak mak dan ayah ada bersama.Nak ke mana-mana mesti bersama mak dan ayah.Pendek kata semuanya nak mak dan ayah ada bersama.

Bila berjauhan mesti teringat mak dan ayah.Hubungi mak dan ayah setiap hari.Tanya perkhabaran,minta doa restu.Tak dapat bayangkan andai mak dan ayah tiada lagi.Bangun pagi-pagi panggil mak dan ayah tapi tiada jawapan.Balik rumah bagi salam,panggil mak dan ayah tapi tiada sahutan,sunyi sepi rumah.

Terasa kesedihan mencengkam sanubari.Terimbau kembali kenangan manis bersama mak dan ayah…gelak tawa mak dan ayah…gurau senda mak dan ayah…kasih sayang mak dan ayah,tapi semua itu tak mungkin akan berulang kembali lagi.Tiada lagi gelak tawa mak dan ayah…tiada lagi gurau senda mak dan ayah…tiada lagi kasih sayang mak dan ayah.

Kejayaan  yang dikecapi tiada lagi perkongsian,andai mak dan ayah tiada lagi.Mengalir airmata kegembiraan bila segala usaha yang tidak mengenal putus asa akhirnya menghasilkan kejayaan yang membanggakan,tapi kejayaan itu nak dikongsi bersama siapa.Orang yang selalu mendoakan kesejahteraan,kejayaan dan kebahagiaan kita dah tiada lagi.Sedihkan.

Bagi yang berjaya dunia akhirat,alhamdulillah..sejuk perut ibu yang mengandung.Tak sia-sia pengorbanan mak dan ayah selama ini,aman bahagia mak dan ayah di alam barzakh..ya la kan,ada anak soleh dan solehah yang sering mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mak dan ayah..Tapi bagi yang tidak,macam mana pula,semasa hayat mak dan ayah masih ada..mereka sering bagi nasihat,tapi kita buat pekakkan telinga je.Kita tak terfikir akan masa depan,kita dengan dunia kita je.Kita tak fikir langsung,yang hidup kita kat dunia ini hanya sementara sahaja,bila-bila masa kita akan di panggil pulang menemuiNYA.

Kita tak jadikan firman ALLAH sebagai renungan.

“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan”. (Al-Munaafiquun ayat:11)

Kita menganggap nasihat mak dan ayah sebagai leteran.Mak dan ayah tahu apa yang terbaik untuk anaknya,tapi kita sendiri buat endah tak endah dengan nasihat mak dan ayah.Bila mak dan ayah tiada lagi,penyesalan yang kita lakukan untuk apa lagi.Sudah tiada gunanya lagi,sebab mak dan ayah dah tiada.Mereka mengharapkan yang terbaik untuk kita,tapi kita sia-siakan  pengharapan mereka.Kesian mereka kat alam barzakh sana,sebab tiada doa dari anak yang soleh dan solehah.

Selagi mak dan ayah ada depan mata,berbaktilah.Mak dan ayah tak minta harta yang bertimbun…mak dan ayah tak minta duit yang berjuta…mak  dan ayah tak minta kemewahan dan yang mak dan ayah minta supaya kita menjadi manusia yang berguna…yang hormat mak dan ayah…yang taatkan ALLAH.Mak dan ayah minta supaya kita berjaya dunia dan akhirat.Apa yang mak dan ayah minta,bila mak dan ayah pergi nanti,biarlah doa dari anak yang soleh dan solehah menringi mak dan ayah ke alam barzakh.Biarlah mak dan ayah bahagia kat sana.Itu je yang mak dan ayah minta,tapi mampukah kita memberinya.Tepuk dada tanya iman.

Doa mak dan ayah sejak kita dalam kandungan lagi:

" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". (A-li'Imraan ayat:38)

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Ibrahim ayat:40

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Al-Baqarah ayat:201)

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Al-Furqaan ayat:74)

Sebagai anak yang soleh dan solehah,yang mengasihi mak dan ayah berdoalah selalu untuk mereka:

"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa' ayat:24)

" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (An-Naml ayat:19)

Moga kebahagiaan mak dan ayah berkekalan hingga ke syurga  dan kita sebagai anak yang soleh dan solehah…insyaALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan