13 Mac 2011

RENUNGAN BERSAMA




Wahai pasangan kekasih,
usahlah bazirkan airmata,andainya putus cinta sesama insan,
kerana setiap titis airmata yang mengalir adalah sia-sia,
sebaliknya bazirkan airmata,andai putus cinta dengan Ilahi,
menangislah sepuas-puasnya,mohonlah keampunanNYA,
kerana airmata yang mengalir memohon keampunan Ilahi ,
adalah lebih berharga,lebih bernilai dari emas permata.

Wahai pasangan kekasih,
Kumbang bukan seekor,bunga bukan sekuntum,
Wah!hebatnya peribahasa melayu,peribahasa yang paling popular,
Betul juga ya,peribahasa ini,x disangkal lagi,
Bersepah-sepah kumbang yang berterbangan,dimuka bumi ini,
Begitu juga dengan bunga yang mekar di taman larangan,
Mekar dengan berbagai haruman,
Indah sungguh ciptaan Ilahi.

Wahai pasangan kekasih,
Sebagai hamba Allah,
Renungilah firman Allah yang bermaksud:
“Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu.Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu.Sedarlah kamu tidak mengetahui,Allah lah yang lebih mengetahui”.(AL-BAQARAH AYAT:216)

Wahai pasangan kekasih,
Fahami dan renungilah ayat tersebut,
Bahawasanya sesuatu yang disukai,
Belum tentu membawa kebaikan pada diri sendiri,
Bahawasanya sesuatu yang dibenci,
Belum tentu memudaratkan diri sendiri.
Bahawasanya cinta sesama insan,
Tidak akan kekal hingga akhirnya,
Bahawasanya cinta kepada Allah,
Adalah cinta abadi,cinta yang kekal abadi selamanya.

Wahai pasangan kekasih,
Putus cinta sesama insan,
Tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri,
Kenapa dibebani fikiran,,hati dan jiwa,
Dengan masalah yang remeh-temeh ini,
Kenapa x lapangkan fikiran dengan mengingati Allah yang satu,
Kenapa x hiasi hati dengan zikrullah,
Kenapa x tenangkan jiwa dengan bersolat dan berdoa,
Tenteramkan jiwa dengan alunan merdu,
ayat-ayat suci Al-Quran,
sedangkan tahu itulah yang terbaik,
kenapa diikutkan rasa hati,
Kenapa dan kenapa.

Wahai pasangan kekasih,
Lupakah pada pesanan:
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja,berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika.Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja,berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika”.

Wahai pasangan kekasih,
Benarlah kata pujangga:
“Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya,tetapi tidak akan terkejut apabila bunuh diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya”.

Wahai pasangan kekasih,
Yakinlah pada ketentuan,
Yang Maha Esa,
Pasrah segalanya,
Sudah tertulis milik siapakah anda,
Di LOHMAHFUZ,
Cuma anda x tahu,
Siapakah jodoh anda,
Yang tersirat dan tersurat,
Hanya Allah Maha Mengetahui.

11 Mac 2011

SEKOLAH SAYA









Sekolah sudah mula bercuti….walaupun seminggu,tapi cuti tetap cuti kan…..isikanlah masa lapang dengan membuat perkara-perkara berfaedah....x kira lah perkara apa pun,asalkan yang berfaedah…..kenduri kahwin pun tentu banyakkan…..bolehlah makan banyak-banyak…hehehehe….2 pun kalau orang jemput,kalau x jemput x boleh p….berdosa tau……

ANDA BELUM MATANG SEKIRANYA.......



MENGHABISKAN nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan ‘kekasih’ sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda.

RELA menunggu berjam-jam lamanya dalam hujan,untuk melihat gadis yang anda ‘cintai’ melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres(kurang 2 minit untuk 4 rakaat)atau tidak solat langsung!

MEMARAHI bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki-hamun oleh wanita yang anda minati.

SANGGUP membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari,padahal tidak pernah membaca Al-Quran walaupun satu muka surat setahun!

ASYIK terkenangkan wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu bapa yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.

SUSAH hati jika tidak menerima surat,e-mail atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita,menelefon atau memberi SMS kepada ibu bapa.

MEMAKAI pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya ketika mengadap Allah dalam solat tidak mementingkan kecantikkan langsung.

LEBIH banyak mengucapkan kalimah ‘I LOVE YOU’ berbanding kalimah zikir seperti:SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH DAN ALLAHU AKBAR!

KECEWA,putus asa dan susah hati bila putus cinta dengan kekasih sebaliknya tidak kecewa ,putus asa atau susah hati bila putus cinta dengan Allah.



JODOH DAN TAKDIR(KUMPULAN NASYID MiSK)



Selalu aku berdoa kepada yang Maha Esa…..
Moga dikurnia seorang ratu dijiwa….
Tempat untuk ku curahkan segala rasa…..
Perasaan yang tersimpan seribu satu makna…..

Di kala aku keseorangan…..
Dia penghibur dan  juga peneman….
Hati yang sayu tiada kesepian…..
Duka dan lara ku tiada keresahan…..

Ya Allah,
Tidak ku harap yang hartawan….
Bukan jua kerana kedudukan….
Cuma ku damba insan yang sepadan….

Kasihnya sejati bukannya keterpaksaan…..
Biarpun derita yang menjadi rintangan…..
Ketulusannya tiada bandingan…..
Tercipta ayu indahnya peribadi insan…..

MENGENAL ALLAH



Di alam roh lagi kita telah mengenal Allah.Bahkan telah mengakuinya sebagai Rabb(Tuhan kita).Mengenal Allah ertinya mencintai Allah.Kerana siapa sahaja yang kenal Allah,pasti akan mencintaiNYA.Namun perlu diingat,mengenal dan mengetahui itu berbeza.Mengenal dengan hati,mengetahui dengan akal.Sebenarnya,hati kitalah yang telah mengenal Allahdi alam roh dahulu,bukan akal kita.Tegasnya,cinta sejati sejak diri bermula ialah cinta Allah.

Malangnya,ramai manusia dipisahkan daripada cinta sejati itu sebaik sahaja mereka lahir ke dunia.Kita mula dipisahkan daripada cinta Allah seperti seorang anak yang dipisahkan daripada ibu sejatinya.Sejak itu tempat cinta sejati di hati kita telah diambil oleh ‘cinta angkat’.Kita telah terpisah terpisah dari Allah.Siapa yang memisahkan kita daripada cinta Allah?Sedih,yang memisahkan manusia daripada cinta Allah kerap kalinya ialah ibu bapa mereka sendiri.Ibu bapa tidak mengenalkannya kepada Allah.

Konsep didikan yang bertitik-tolakkan ‘Awaluddin makrifatullah’-awal agama mengenal Allah,tidak diberikan.Benih cinta Allah yang sudah ada dalam diri terbiar.Tidak dibajai dan diairi.Akibatnya,kita kenal ‘selain Allah’.Maka cinta kita pun beralih arah.Hakikat ini ditegaskan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Seseorang anak itu dilahirkan suci bersih.Maka ibu bapa yang menjadikannya Yahudi,Nasrani dan Majusi”.

Bermula dari situ perpisahan dengan cinta Allah pun bermula.Makin bertambah usia semakin jauh jarak perpisahan itu.Kekadang oleh corak pendidikan yang diterima.Begitu juga media masa yang didengar dan dilihat.Apa lagu yang didengarnya?Apa filem yang ditontonnya?Cinta siapa yang lebih kerap dilihat dan didengarinya?Malang sekali,bukan cinta Allah tetapi cinta selainNYA.

Puluhan tahun si anak dibuai oleh cinta makhluk seperti seorang anak yang dipelihara oleh ibu angkatnya.Hati,pemikiran,perasaan bahkan jiwa telah diserah seluruh dan sepenuhnya kepada ‘cinta angkat’ itu. ‘Cinta angkat’ itulah yang mendodoikannya sejak dia dalam kandungan ibu,di dalam buaian,di rumah,di sekolah,di dalam  masyarakat dan diseluruh persekitarannya.Pancaindera kita sepenuhnya berinteraksi dan berkomunikasi dengan cinta itu sahaja.Dan pada ketika itu manusia yakin sepenuhnya bahawa ‘cinta angkat’ itulah cinta sejati kita.

10 Mac 2011

MENGEJAR CINTA ALLAH



Anggaplah ini satu tribulasi biasa yang sudah menjadi tradisi dalam mengejar cinta Allah.Cinta kepada manusia hanyalah serpih dibandingkan dengan cinta kepada Allah.Bila berlaku pertembungan antara dua cinta ini,seharusnya kita tidak teragak-agak lagi untuk mengutamakan cinta Allah,cinta yang lebih baik dan kekal.
Mus’ab bin Umair pernah berkata kepada ibunya yang mogok lapar membantah ke-Islamannya:
“Ibu,jika ibu mempunyai seratus nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu dengan ugutan supaya saya kembali kafir,nescaya saya tidak akan berganjak.Biarlah ibu mati seratus kali….saya tidak akan kafir kembali”.

Sedarlah,Islam tidak akan bangun sekiranya tidak ada pengorbanan cinta seperti yang ditunjukkan oleh para sahabat.Para sahabat telah sanggup mengorbankan rasa cinta kepada makhluk(walaupun makhluk itu sangat dicintainya)demi cintanya kepada Islam.Memang benar,kata orang “cinta itu buta”.Ya,cinta itu buta pada kesusahan,pada penderitaan dan pada kesakitan,demi mencapai apa yang dicintainya.

Cinta pada Allah,buta pada penderitaan rasa dan kesusahan hati kerana berpisah dengan makhluk.Namun,orang yang tidak pernah merasa cinta Allah akan merasa pelik dan tertanya-tanya:
“Ke mana perginya sifat kasih sayang dan cinta seoarang anak sehingga sanggup berpisah dengan ibu bapanya?”
“Ke mana hilangnya rasa cinta seorang isteri yang sanggup berpisah dengan suaminya?”
Siapa yang tidak rasa,tidak akan tahu.
Siapa yang tidak kenal maka tidak cinta.Sejauh manakah seseorang dapat mencintai Allah?Hassan al-Basri pernah berkata:
“Sejauh mana seseoarang itu kenal Allah,sejauh itulah cintanya kepada Allah”.

Jika hari ini,ada orang yang sanggup meninggalkan ibu bapa kerana menurut kekasihnya,jika hari ini ada orang yang menukar agama kerana cintanya,maka tidaklah terlalu aneh sekiranya generasi sahabat dahulu sanggup meninggalkan ibu bapa,agama nenek moyang,harta dan nyawa sendiri kerana cinta Allah.

LANGKAH-LANGKAH MERAIH KEBAHAGIAAN



Sikap rakus dan tamak dapat membinasakan pelakunya.Cara mengatasinya adalah dengan mengikuti terapi berikut ini:

-Sederhanalah di dalam hidup dan membelanjakan  harta.Siapa yang terlalu banyak berbelanja,maka dia tidak akan pernah puas,bahkan ia akan diperbudakkan oleh sifat tamak.Kesederhanaan merupakan pangkal kepuasan.
Dalam pepatah ada mengatakan:
”Pengelolaan yang baik merupakan setengah dari penghidupan”.

-Jangan terlalu gelisah menghadapi masa depan.Atasilah dengan membatasi angan-anganmu dan yakinlah bahawa masalah rezeki itu sudah ditentukan dan pasti akan sampai kepadamu.

-Bertakwalah kepada Allah.
Firman Allah dalam surah Ath-Thalaq ayat:2 yang bermaksud:
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”.

-Kenalilah kebaikan yang terkandung dalam sifat qana’ah sehingga anda hidup mulia,tidak memerlukan pertolongan orang lain dan kenalilah keburukan yang terkandung dalam sikap rakus dan tamak iaitu membawa kehinaan bagi pelakunya.

-Perbanyaklah merenungkan kisah-kisah para Nabi dan orang-orang soleh,kepuasan mereka,kesederhanaan hidup mereka dan cinta mereka terhadap amal-amal yang soleh.Jadikanlah mereka sebagai suri teladan bagi anda.

-Perhatikanlah keadaan orang yang lebih rendah dalam urusan-urusan duniawi.

SIAPAKAH KEKASIH YANG TERCINTA ITU?



“TIADALAH HAWA NAFSU KECUALI SELALU MEMPERTURUTKAN APA YANG DIBIASAKAN OLEH YANG BERSANGKUTAN.
JIKA DIPERTURUTKAN KEMAHUANNYA,IA AKAN KETAGIHAN DAN JIKA TIDAK,IA TIDAK MENUNTUT”.

Apakah kita telah melihat diri kita sendiri dan bertanya,seberapa besar kita mencintai
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam?Apakah kita menyedari bahawa bukti cinta tersebut adalah melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dan meninggalkan apa yang telah dilarangnya?

Perhatikanlah kembali perasaan kita dan arahkanlah perasaan cinta kita mula-mula ditujukan kepada Allah kemudian kepada orang yang telah menyelamatkan kita dari kesesatan iaitu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam.Ingatlah selalu,bila kita menginginkan kedudukan yang tinggi di dalam syurga:

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Seseorang itu akan dihimpunkan bersama dengan orang yang dicintainya”.
(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI)

Diantara bukti dan tanda pertama yang membuktikan cinta seseorang kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam adalah dengan melakukan segala yang diperintahkan olehnya.Jadi,bagaimana seseorang menganggap dirinya telah mencintai Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam,sementara dia sendiri melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan oleh beliau,tidak mengikuti sunnahnya dan tidak pula mentaati petunjuk yang dibawanya.

JAUHILAH KELALAIAN



“JANGAN BIARKAN PUTUS ASA MENGUASAI DIRI
SAAT MUSIBAH DATANG MENIMPA
KERANA KESULITAN ITU PASTI AKAN BERLALU”

Berhati-hatilah terhadap kelalaian iaitu lupa dari berzikir kepada Allah,meninggalkan solat,berpaling dari Al-Quran serta meninggalkan pengajian dan majlis yang bermanfaat.Semua itu adalah penyebab kelalaian dan kelengahan.Hati akan menjadi keras dan terkunci sehingga tidak mampu lagi mengenali yang ma’ruf,mengingkari yang mungkar dan tidak memahami agama.Mereka yang seperti itu akan memiliki hati yang resah,sedih,sengsara dan fikiran yang kusut.Itulah akibat dari kelengahan dan kelalaian di dunia.Cuba bayangkan bagaimana akibatnya di akhirat nanti.

Oleh kerana itu,jauhkan diri dari sebab-sebab kelalaian itu.Jagalah hubungan kita dengan Allah.Basahilah bibir dengan selalu berzikir kepada Allah,bertasbih,bertahlil,bertakbir,bertahmid dan memohon ampun kepadaNYA serta membaca selawat kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam di setiap waktu,baik dalam keadaan berdiri,duduk mahupun sedang berbaring.Dengan begitu,kita akan menemukan kebahagiaan meliputi hati.Itulah manfaat dari memperbanyakkan zikir.

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’d ayat:28 yang bermaksud:
“ketahuilah dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang”.

GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH MENGKUANG

09 Mac 2011

BERSABARLAH DUHAI HATI......



Bersabarlah duhai hati…..
hidup ini hanya sementara sahaja…..
akhirat jua kekal abadi……
akan ku sirami diri ini dengan keindahan berwuduk……
akan ku persembahkan doa dalam solatku kepadaMU Ya Allah…..
akan ku hiasi hati ini dengan zikrullah memuji namaMU Ya Allah…..
akan kutenangkan jiwa ini dengan alunan irama merdu kitab suciMU Ya Allah…..
akan ku tetapkan mindaku untuk sentiasa mengingatiMU Ya Allah…..

Bersabarlah duhai hati…..
pergilah derita,pergilah sengsara…..
tinggalkan aku sendirian…..
usahlah kembali lagi…..
biarkanlah aku tenang di sisi kekasih yang kucintai dan sayangi…..
hanya DIA kekasih sejati…..
hanya DIA kekasih yang abadi…..
hanya DIA kekasih kini dan selamanya…..
hanya DIA….
hanya DIA…..
hanya DIA dihatiku…..

Bersabarlah duhai hati…..
tenangkanlah akan dikau…..
usahlah berduka lara…..
usahlah memendam rasa…..
Allah menjanjikan yang terbaik…..
buat hamba-hambaNYA yang bersabar…….


BANGUNKANLAH UNTUK ANDA SEBUAH ISTANA DI DALAM SYURGA



KU TURUTI KEINGINANKU,TERNYATA IA MEMPERHAMBAKANKU
SEKIRANYA AKU MENERIMA APA ADANYA
TENTULAH AKU MENJADI ORANG YANG MERDEKA….

Perhatikanlah betapa banyak generasi yang telah berlalu.Apakah mereka pergi membawa harta-benda mereka?Membawa istana-istana mereka?Apakah mereka dikuburkan dengan emas permata mereka?Apakah mereka berpindah ke akhirat dengan kereta-kereta dan pesawat-pesawat mereka?Sesekali tidak….!

Bahkan mereka ditelanjangi dari baju dan penutup,dimasukkan dengan kain kafan ke liang kubur,kemudian mereka ditanya:”Siapakah Tuhanmu?Siapakah nabimu?Apa agamamu?”

Oleh kerana itu,bersiap-siaplah dan bekalilah diri anda untuk menghadapi hari itu.Janganlah anda bersedih hati atau kecewa kerana kehilangan sesuatu dari harta duniawi,kerana sesungguhnya harta duniawi itu adalah barang yang murah dan pasti lenyap dan tidak kekal selain amal soleh.

Allah berfirman dalam surah An-Nahl Ayat:97 yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh,baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman,maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”.

“SAKIT LAKSANA MISI YANG MEMBAWA BERITA GEMBIRA,SEDANG SIHAT BAK HIASAN YANG MEMPUNYAI HARGANYA SENDIRI” 

KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ALLAH



NIKMATILAH KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ALLAH DENGAN PENUH KESYUKURAN…..ALHAMDULILLAH.
TANYALAH PADA DIRI SENDIRI,MAMPUKAH KITA MENANDINGI KEKUASAAN ALLAH?…..JAWAPANNYA,TENTU TIDAK KAN.
SIAPALAH KITA…..KITA HANYALAH INSAN-INSAN KERDIL YANG MENUMPANG BUAT SEMENTARA DI BUMI ALLAH INI.
DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH JUA KITA KEMBALI.
BUATLAH AMAL KEBAJIKAN SEBANYAK MUNGKIN SEBAGAI BEKALAN UNTUK KITA MENEMUI KEKASIH YANG DICINTAI
IAITU ALLAH……….

















KATA-KATA HIKMAH

"Usahlah berputus asa,usahlah menyesali takdir,usahlah mempertikaikannya.....jika kita ditimpa musibah.....bermuhasabahlah diri,siapa kita sebenarnya disisi Allah...tanyalah pada diri sendiri,layakkan kita untuk semua itu....tepuk dada tanya selera.....disebalik semua yg menimpa kita,ada hikmah yg tersembunyi....."


"Usahlah menangis andai putus cinta dgn seseorang,tetapi menangislah andai putus cinta dgn Allah,menangislah semahu-mahunya,memohon keampunan n bertaubat atas dosa-dosa yg lalu....menangislah n terus menangis,sehingga kekeringan airmata.....moga2 dosa d ampunkan n taubat d terima....insyaAllah"


"Bersabarlah duhai diri,tenangkanlah hati dgn zikrullah,tenteramkanlah jiwa dgn alunan ayat2 suci Al-Quran,perteguhkanlah minda dgn mengingati Allah yg satu,lapangkan fikiran dari segala permasalahan....insyaAllah hati,jiwa,minda n fikiran akan tenang".


"Bijak pandai mengingatkan, "Jangan dibawa berbincang tiga golongan manusia:
1)org yg sedang lapar
2)org yg sedang sakit
3)org yg sedang mabuk cinta
Kenapa?
1)org yg lapar hanya memikirkan perutnya
2)org yg sakit,sedang derita menanggung sakitnya
3)org yg bercinta pula,hanya memikirkan yg dicintainya
Org yg lapar hanya memikirkan perutnya.
Org yg sakit,sdg menanggung sakitnya.
Org yg bercinta pula,hanya memikirkan yg dicintainya.

"Kita x boleh mengubah sesuatu yg kita lihat,tetapi kita boleh mengubah diri kita yg melihatnya.Jika kita x dapat apa yg kita suka,maka langkah terbaik ialah sukakan apa yg kita dapat.Itulah syukur namanya.....".


"Bg org2 yg mencintai Allah,mereka tenang dlm derita.Rasa mulia ketika dihina.Rasa lapang ketika kesempitan.Ketika diberi kesenangan mereka syukur,ketika dtimpa musibah mereka sabar.Dlm apa jua keadaan mereka beruntung dan bahagia”.
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Ajaib bagi org mukmin kerana bila senang dia bersyukur lalu diberi pahala.Bila susah,dia sabar lalu diberi pahala.Dalam kedua-dua keadaan,dia mendapat keuntungan”.Bila susah,dia sabar lalu dberi pahala.Dlm kedua2 keadaan dia mndapat keuntungan"

"Berikan hati dan cinta kita kepada Allah.Allah tidak akan mensia-siakannya.DIA akan memberikan kita ketenangan dan kebahagiaan.Cinta kepada Allah menyebabkan kita selalu mengingatiNYA.Inilah rahsia ketenangan di dunia dan ketenangan di akhirat.
Firman Allah dalam surah Ar-Ra'd ayat:28 yg bermaksud:
"Ketahuilah dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang”.hati akan menjadi tenang".


"Kenal Allah ertinya merasakan keindahanNYA,kebesaranNYA,kegagahanNYA,kasih sayangNYA dan sifat kebesaranNYA.Apalah ertinya wajah kekasih yg indah,kalau kita telah merasakan keindahan Allah.Apalah ertinya kasih sayang manusia jika kita telah merasakan kasih sayang Allah.Itulah hakikat cinta Allah,yg sentiasa menyala dlm hati kekasih-kekasihNYA serta menenggelamkan cinta-cinta yg lain".


"Kita tidak boleh mencintai orang lain,sebelum mencintai diri sendiri dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri,sebelum mencintai Allah kerana DIA lah cinta terbaik kita.Cinta Allah Cinta Abadi Kekal Selamanya......


"Hitunglah nikmat Allah yang di anugerahkan kepada kita sebagai ganti dari menghitung penderitaan kita kerana sesungguhnya nikmat Allah itu amat besar sekali".


"Saya x mampu jadi yg terbaik....malahan tidak berdaya sama sekali....saya hanya insan biasa....yang x terlepas dari membuat kesilapan....tapi saya akan cuba juga jadi yang terbaik....insyaAllah


"Orang yang paling bahagia adalah orang yang dapat menyebarkan kebahagiaan kepada orang ramai".


07 Mac 2011

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Kesabaran dan ketabahan
(seorang yang bernama Aishah)


Dia x lah sehebat mana,cuma peribadinya aje yg mengagumkan.Bersifat penyayang,baik budi,akhlak mulia dan pengasih.Percaya x orang sebaik dia boleh ada musuh,sedangkan dia x pernah menyakiti hati sesiapa pun,jauh sekali berdendam atau mempunyai masalah dgn org lain.Mustahil semua ini berlaku padanya,tapi itulah hakikat yg terpaksa ditanggung sepanjang hayatnya,menjadi mangsa kepada org yg mempunyai akal pendek,org yg x takutkan azab Allah,org yg bertopengkan manusia,berhatikan  iblis laknatullah,bernafsu syaitan….nauzubillahi min zalik.

Sepanjang hayatnya menanggung azab dan derita,tetapi dia tetap sabar dan tabah.Kalau dilihat dgn mata kasar,memang dia sihat walafiat,seolah-olah tiada apa-apa yg dialaminya,hanya Allah dan org-org yg rapat dgnnya mengetahui penderitaan yang ditanggungnya.Dia mengganggap itu semua sebagai dugaan dan ujian untuknya dari Allah dan x sedikit pun dia mengeluh atau menyalahkan takdir,semuanya diterima dgn hati yg sabar dan tabah kerana dia yakin ada hikmah yg tersembunyi disebalik semua itu dan dia percayakan qada dan qadar dari Allah.Ajal maut,jodoh pertemuan Allah yg tentukan.

Sebenarnya sukar nak menemui org yg sabar dan tabah sepertinya menghadapi dugaan dan ujian Allah.Tapi itulah hakikat yg sebenarnya.Percaya x pada sakit buatan org atau sihir.Itulah yg dialaminya dari dulu hingga kini.Sudah beribu-ribu wang ringgit dihabiskan kearah itu,x juga sembuh.Kalau sembuh pun cuma sekejap sahaja,x lama selepas itu, menyerang kembali.Dia pernah terkena santau,mengambil masa berbulan-bulan lamanya juga untuk sembuh.Lepas satu,satu penyakit datang menyerang.Tetap juga sabar dan tabah,kalau kitalah mampu ke kita sabar dan tabah sepertinya menghadapi dugaan dan ujian Allah.

Sampai ke satu peringkat yg agak kritikal,adik-beradik semuanya dah berkumpul,bacaan yassin dah berkumandang.Dia dah x mampu untuk bercakap,dah tiada tenaga,dah habis ikhtiar hanya mampu berserah dan redha,andai itulah janji Allah kepadanya.Untuk memohon maaf dari adik-beradik andai ada kesalahan dan kesilapannya pun dah x mampu,suara tersekat-sekat.Adik-beradik pun dah x tau nak buat apa lagi,hanya berserah dan berdoa,moga semuanya selamat.Usaha juga,bawa ke hospital,tapi yg hairannya doktor cakap tiada apa-apa penyakit yg dialaminya.Sungguh hairan ya,sedangkan dia dah berjuang habis-habisan antara hidup dan mati.tapi kuasa Allah x ada sesiapa pun yg mampu menandinginya,walaupun org nak sihirkan dia sampai mati.Itulah kehebatan Allah,kalau DIA x izinkan itu berlaku,x akan berlaku punya.Alhamdulillah,berkat kesabaran dan ketabahannya dan doa yang berterusan,dia dapat melalui saat-saat getir itu.

Jika sesekali sakit itu datang menyerang,dia tidak sedarkan diri.Dia bercakap yg bukan-bukan.Bahasa yg sering keluar dari bibirnya ialah bahasa siam.Susah untuk dijelaskan dan sukar untuk difahami apa maknanya.Kadang-kadang tu,nak ketawa pun ada tgk gelagatnya,bila dia x sedarkan diri.Dia menari,dia menyanyi dalam bahasa siam,sedangkan semua itu x pernah dilakukan bila dia dalam keadaan sedar.Bila dia sedar,dia akan tanya,apa yg berlaku sebenarnya,dua tiga hari jugalah,mengambil masa untuk pulih.Tugasnya sebagai seorg ustazah,kadang-kadang terganggu juga.Bila cerita kat org,org x pernah mempercayainya,sebab mereka x pernah mengalaminya,hanya org yg mengalaminya dan keluarga terdekat saja yg tahu betapa deritanya sakit itu.

Tapi manusia yg berhati iblis,bernafsukan syaitan ini x pernah berpuas hati dgn sesuatu yg dilakukannya.Dari satu cara ke satu cara yg lain dia usahakan,agar org yg x disukainya terhapus dari muka bumi ini.Namun x ada sesiapa pun yg dapat menandingi kuasa Allah.Allah Maha Besar.Janji iblis untuk menyesatkan kita umat Islam sehingga hari kiamat,tetap berjalan lancar.Hanya amal,iman dan taqwa yg sebenar-benarnya kepada Allah dapat menghindarinya.Kita baik pun org x suka,apatah lagi kalau sebaliknya,lagilah org x suka.

Dia cuma seorg ustazah,kebaikan dia x dpt nak diucapkan dgn kata-kata,mungkin dgn didikan agama yg diperolehi,dia tidak riak atau sombong.Tidak bermegah-megah dgn apa yg dimilikinya,tetap seperti biasa.Tapi ada juga makhluk Allah yg bergelar insan,x suka kepadanya.Hanya org yg pernah mengalami apa yg dirasainya sahaja tahu,bagaimana deritanya menanggung kesengsaraan akibat perbuatan org yg tidak percayakan kekuasaan Allah,org yg mempunyai sifat tamak haloba,iri hati,hasad dengki,bertopengkan manusia,berhatikan iblis,bernafsukan syaitan.

Setakat ni,x pernah lagilah dengar,dia merungut atau menyesal dgn dugaan dan ujian Allah,yg Allah berikan kepadanya.Walaupun dugaan dan ujian itu berat untuk ditanggungnya,dia tetap sabar dan tabah,kerana dia yakin Allah dah sediakan yg terbaik buat dirinya.Kalau kitalah mampu x untuk kita menghadapi dugaan dan ujian Allah itu,andai kita berada ditempatnya…….x tau nak bagi jawapannya,adakah termampu atau sebaliknya.


06 Mac 2011

HATI DAN CINTA KITA UNTUK SIAPA?



Hati kita hanya layak diberikan kepada Allah.Cinta kita hanya untukNYA.Jika kita berikan kepada yang lain ertinya kita tidak menghargai cinta itu….hingga kita sanggup memberikannya kepada orang yang belum tentu menghargainya.

Sebaliknya berikan hati dan cinta kita kepada Allah.Allah tidak akan mensia-siakannya.DIA akan memberikan kita ketenangan dan kebahagiaan.Cinta kepada Allah menyebabkan kita akan selalu mengingatiNYA.Inilah rahsia ketenangan di dunia dan ketenangan di akhirat.
Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang.”(Ar-Ra’d Ayat:28)

Bagi orang-orang yang mencintai Allah,keadaan sebaliknya pula berlaku.Dengan cinta Allah mereka tenang dalam derita.Rasa mulia ketika dihina.Rasa lapang ketika kesempitan.Ketika diberi kesenangan mereka bersyukur,ketika ditimpa musibah mereka sabar.Dalam apa jua keadaan mereka beruntung dan bahagia.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Ajaib bagi orang mukmin kerana bila senang dia bersyukur lalu diberi pahala.Bila susah,dia sabar lalu diberi  pahala.Dalam kedua-dua keadaan dia mendapat keuntungan”.

Inilah rahsia yang ada dalam hati pecinta Allah dahulu dan sekarang sehingga mereka sanggup putus cinta kerana CINTA!

05 Mac 2011

KUNCI-KUNCI MERAIH KEJAYAAN



Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah dan RasulNYA.

Kunci rezeki adalah berusaha disertai dengan istighfar dan ketaqwaan.

Kunci syurga adalah Mengesakan Allah (Tauhid).

Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk-makhlukNYA.

Kunci kebaikkan adalah kejujuran.

Kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al-Quran,berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa.

Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik.

Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar.

Kunci kebahagiaan adalah taqwa.

Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur.

Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap duniawi.

Kunci agar permintaan diqabulkan oleh Allah adalah berdoa.

MENSYUKURI NIKMAT ALLAH



Erti syukur yang sebenarnya ialah meliputi lisan,hati dan anggota badan.Nikmat-nikmat itu jika disyukuri akan tetap bertahan dan jika diingkari akan lari.

Saya sayangkan DIA…..saya cintakan DIA,
DIA pun sayangkan saya…..DIA juga cintakan saya,
Macam mana saya tahu DIA sayangkan saya…..DIA cintakan saya,
DIA bagi saya banyak nikmat,
Antaranya ialah:
Nikmat Islam
Nikmat hidup
Nikmat kesihatan
Nikmat ketenteraman
Nikmat waktu terluang
Nikmat keluarga
Nikmat kedamaian
Dan byk lagi lah…
Sebagai hambaNYA ,saya perlu bersyukur atas semua nikmat yang diberikan kepada saya,
Terlalu banyak nikmat yang DIA berikan kepada saya,
Tak termampu untuk saya huraikan satu persatu,
Kalau saya sakit pun,saya tahu itu juga satu nikmat,
Kerana sakit itu satu kifarat untuk menghapuskan dosa kecil,
Saya tahu disebalik semua itu ada hikmah yang tersembunyi,
Saya juga tahu DIA sayangkan saya,
Sebab itu DIA bagi ujian untuk saya,
DIA nak lihat sama ada saya sabar,tabah dan bersyukur dalam menghadapi ujian dan agamaNYA.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:”Bercakap mengenai nikmat Allah bererti syukur,sesiapa yang meninggalkannya bererti kufur,sesiapamyang tidak bersyukur sedikit nescaya dia tidak bersyukur yang banyak dan siapa yang tidak bersyukur kepada manusia dia tidak bersyukur kepada Allah”.

Bagaimana caranya kita bersyukur kepada Allah?Bersyukur kepada Allah ialah dengan mengekalkan baik sangka terhadap Allah dan meletakkan keyakinan kepada NYA dalam apa jua keadaan.Perkataan yang terlafaz dari mulut kita tentang Allah hanyalah kata-kata pujian,sanjungan dan pujaan.Justeru hanya Allah yang layak menerima kata-kata seperti itu.Tidak seharusnya terlafaz daripada diri kita perasaan benci,kecewa,buruk sangka,menyesali nikmat hidup yang Allah berikan dan perasaan seumpama itu terhadap Allah.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:”Sesiapa  yang diberi suatu kebaikan hendaklah dia mengingatinya,sesiapa yang mengingatinya nescaya dia dianggap bersyukur.Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi nescaya dia dianggap sebagai kufur nikmat”.

Nikmat-nikmat itu jika disyukuri akan tetap bertahan dan jika diingkari akan lari.

MOHONLAH PERLINDUNGAN KEPADA ALLAH DARI GELISAH DAN SEDIH



Seorang yang berakal tidak sepatutnya kikir hanya untuk  tersenyum dan berwajah ceria.Dan seorang mukmin tidak sepatutnya berkeluh-kesah dan berputus asa.Kadangkala seseorang diliputi oleh berbagai masalah sehingga merampas ketenangan dan keredhaannya.Di sini dia wajib berpegang teguh kepada agama Allah agar Dia menyelamatkan diri dari segala masalahnya.Kerana sesungguhnya,menyerah kepada kesedihan dan permasalahan merupakan awal dari kehancuran yang menyeluruh ,berimplikasi pada kegagalan dan kelemahan.

RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM BERSABDA:
Ucapkanlah di waktu pagi dan maghrib doa ini:
“Ya Allah,sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesusahan dan kesedihan.Aku berlindung kepada Engkau  dari kelemahan dan kemalasan.Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kikir.Aku berlindung kepada Engkau dari terbelit oleh hutang dan tertindas oleh orang lain”.(HADIS RIWAYAT ABU DAUD)

03 Mac 2011

DOA DAN MUNAJAT PARA WALI




Ya Allah,sesungguhnya kami berlindung kepadaMU daripada hilangnya nikmatMU dan berubahnya kesihatan kami dan datangnya azabMU dengan tiba-tiba dan segala kemurkaanMU.Ya Allah,sesungguhnya kami berlindung kepadaMU daripada kejahatan pandangan kami,penglihatan kami,lidah kami dan daripada kejahatan hati kami.Ya Allah,sesungguhnya kami berlindung kepadaMU daripada kejahatan apa yang telah kami lakukan daripada kejahatan yang tidak kami lakukan.Ya Allah,sesungguhnya kami berlindung kepadaMU daripada ilmu yang tidak memberi manfaat,daripada hati yang tidak khusyuk,daripada jiwa yang tidak puas dan daripada doa yang tidak diperkenankan.Ya Allah,sesungguhnya kami berlindung kepadaMU daripada akhlak yang buruk,amalan yang jahat,hawa nafsu yang mungkar dan penyakit yang merosakkan.Ya Allah,sesungguhnya kami berlindung kepadaMU daripada menyekutukanMU dengan sesuatu walhal kami mengetahuinya,kami memohon keampunan daripadaMU dalam perkara yang kami tidak ketahui.Ya Allah,sesungguhnya kami berlindung kepadaMU daripada kemiskinan,kekurangan dan kehinaan dan kami berlindung kepadaMU daripada kami melakukan kezaliman atau kami dizalimi.Ya Allah,sesungguhnya kami berlindung kepadaMU daripada azab api neraka jahanam,daripada azab kubur,daripada cubaan hidup,cubaan mati dan daripada fitnah Al-Masih Dajal.

AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN.

02 Mac 2011

MANUSIA DAN AKAL




Otak dan akal mempunyai hubungan yang rapat.Akal pula dikaitkan dengan pemahaman,pengertian,fikiran dan seterusnya.

Tetapi,jika kita tidak menggunakan akal yang dikurniakan sesuai dengan bimbingan wahyu,kita sebenarnya lebih rendah daripada binatang.Na’uzubillahi min zalik.

Hal ini jelas sebagaimana diceritakan dalam Al-Quran,mengenai umat yang tidak mahu mengambil pelajaran daripada kisah-kisah umat yang terdahulu,seperti umat Nabi Musa,Nuh serta kaum ‘Ad dan Tsamud.

Firman Allah dalam surah Al-Furqan ayat:44 “Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami.Mereka itu tidak lain hanyalah seperti haiwan ternakan.Bahkan mereka lebih sesat jalannya(daripada haiwan ternakan itu)”.

Begitu pentingnya akal pada manusia,sehingga Al-Quran menyebutnya sebanyak 49 kali.Bahkan surah Al-Mulk ayat 10 menjelaskan penyesalan orang yang tidak menggunakan akalnya dengan betul:Dan mereka berkata: “Sekiranya kami mendengar atau memikirkan (peringatan  itu)nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala”.

Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan manusia yang berfikiran sesuai dengan kehendak Islam.

“Ya Allah,sesungguhnya aku telah menganiayai diriku sendiri kerana itu ampunilah
aku”.Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

01 Mac 2011

FADILAT ISTIGHFAR

Firman Allah dalam surah an –Nisa ayat:110
“Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu kejahatan atau menganiayai dirinya sendiri,kemudian dia memohon keampunan Allah (beristighfar) terhadap dosa-dosanya itu,nescaya dia akan mendapati Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Firman Allah dalam surah Hud ayat :3
“Mohonlah keampunan Tuhanmu (beristighfar) kemudian bertaubatlah kepadaNya.Pasti Dia akan memberikan kepadamu kenikmatan-kenikmatan yang cukup baik dan memuaskan hingga batas waktu yang telah ditentukan.Dan Dia akan memberikan kemuliaan kepada setiap orang menurut kadar masing-masing”.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesiapa yang memperbanyakkan istighfar,nescaya Allah akan melenyapkan setiap kegundahannya,melapangkan setiap kesempitannya dan Dia akan memberikannya rezeki secara yang tidak diduganya”.(RIWAYAT ABU DAUD).

PESANAN BUATMU SAHABAT

Jangan dibiarkan masalah menghimpit diri…..
Luahkanlah pada yang sudi…..
Jangan menanggung beban seorang diri…..
Akibatnya kesakitan mencengkam diri…..

Jangan biarkan ianya berlabuh dalam hati…..
Biarkan ianya pergi bersama ombak yang tiada bertepi….
Terhempas dan karam di lautan   sepi….
Moga-moga berbahagia tika dan saat ini…..