09 Mac 2011

BANGUNKANLAH UNTUK ANDA SEBUAH ISTANA DI DALAM SYURGA



KU TURUTI KEINGINANKU,TERNYATA IA MEMPERHAMBAKANKU
SEKIRANYA AKU MENERIMA APA ADANYA
TENTULAH AKU MENJADI ORANG YANG MERDEKA….

Perhatikanlah betapa banyak generasi yang telah berlalu.Apakah mereka pergi membawa harta-benda mereka?Membawa istana-istana mereka?Apakah mereka dikuburkan dengan emas permata mereka?Apakah mereka berpindah ke akhirat dengan kereta-kereta dan pesawat-pesawat mereka?Sesekali tidak….!

Bahkan mereka ditelanjangi dari baju dan penutup,dimasukkan dengan kain kafan ke liang kubur,kemudian mereka ditanya:”Siapakah Tuhanmu?Siapakah nabimu?Apa agamamu?”

Oleh kerana itu,bersiap-siaplah dan bekalilah diri anda untuk menghadapi hari itu.Janganlah anda bersedih hati atau kecewa kerana kehilangan sesuatu dari harta duniawi,kerana sesungguhnya harta duniawi itu adalah barang yang murah dan pasti lenyap dan tidak kekal selain amal soleh.

Allah berfirman dalam surah An-Nahl Ayat:97 yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh,baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman,maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”.

“SAKIT LAKSANA MISI YANG MEMBAWA BERITA GEMBIRA,SEDANG SIHAT BAK HIASAN YANG MEMPUNYAI HARGANYA SENDIRI” 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan