10 Mac 2011

JAUHILAH KELALAIAN



“JANGAN BIARKAN PUTUS ASA MENGUASAI DIRI
SAAT MUSIBAH DATANG MENIMPA
KERANA KESULITAN ITU PASTI AKAN BERLALU”

Berhati-hatilah terhadap kelalaian iaitu lupa dari berzikir kepada Allah,meninggalkan solat,berpaling dari Al-Quran serta meninggalkan pengajian dan majlis yang bermanfaat.Semua itu adalah penyebab kelalaian dan kelengahan.Hati akan menjadi keras dan terkunci sehingga tidak mampu lagi mengenali yang ma’ruf,mengingkari yang mungkar dan tidak memahami agama.Mereka yang seperti itu akan memiliki hati yang resah,sedih,sengsara dan fikiran yang kusut.Itulah akibat dari kelengahan dan kelalaian di dunia.Cuba bayangkan bagaimana akibatnya di akhirat nanti.

Oleh kerana itu,jauhkan diri dari sebab-sebab kelalaian itu.Jagalah hubungan kita dengan Allah.Basahilah bibir dengan selalu berzikir kepada Allah,bertasbih,bertahlil,bertakbir,bertahmid dan memohon ampun kepadaNYA serta membaca selawat kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam di setiap waktu,baik dalam keadaan berdiri,duduk mahupun sedang berbaring.Dengan begitu,kita akan menemukan kebahagiaan meliputi hati.Itulah manfaat dari memperbanyakkan zikir.

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’d ayat:28 yang bermaksud:
“ketahuilah dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan