25 Mac 2011

BILA CINTA MENGUASAI DIRI.......BILA NAFSU MENGUASAI AKAL FIKIRAN



Bila cinta mula menguasai diri,bila kekosongan hati mula terisi,bila hati dah berkenan,semuanya indah-indah belaka.Tiada satu pun keburukan yang timbul.Kata-kata keramat ‘i love u’sayang sentiasa bermain di bibir setiap saat,setiap minit,setiap jam,setiap detik.Tidur malam sentiasa terbayangkan wajah kekasih.Tidur x lena,makan x kenyang,mandi x basah kerana sentiasa terbayangkan wajah kekasih.Kalau dalam sehari x bersua muka ,x mendengar suara…x senang duduk dibuatnya.

Bila cinta mula menguasai diri,terlupa pada keadaan sekeliling.Terlupa pada teman-teman yang lain,yang sanggup bersusah payah bersama-sama.Hebatnya penangan cinta.Kerana cinta lupa segala-galanya.

Tidak jemu ke,setiap hari keluar dating,lupakah lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tidak boleh keluar berdua-duaan,sudah lupakah hukum halal haram.Ataupun buat-buat lupa.Dimana letaknya akal yang waras kurniaan Ilahi,x boleh fikirkan yang mana baik dan yang mana buruk.Kenapa x terima hakikat,kalau seseorang itu sudah ditetapkan menjadi milik kita sejak azali lagi,tiada seorang pun yang boleh menganggu-gugatnya kecuali dengan keizinan Allah.

Kenapa x mahu menerima hakikat itu,takut kekasih yang di sayangi,yang di puja di kebas orang.x malukah memanggil seseorang yang bukan lagi menjadi hak milik kita secara mutlak dengan panggilan sayang.Tanyalah pada diri sendiri,adakah Islam menyuruh berbuat demikian,lainlah kalau seseorang itu sudah sah menjadi milik kita,akadnya sudah sah lengkap dengan wali dan saksinya.

Zaman serba maju ni,dengan ada berbagai-bagai kemudahan….facebook contoh yang paling hampir dengan kita,cubalah sahabat-sahabat sekalian fokus kepada pasangan-pasangan yang tengah khayal bercinta,yang menjadi rakan facebook kita,ada x panggilan sayang,honey,my sweet,I love you dan macam-macam lagi?Jawapannya tentu ada kan,cubalah simpan perkataan keramat itu untuk orang yang sah menjadi milik kita.Dan ingatlah kebahagiaan yang sejati bukannya bermula bila cinta menguasai diri tetapi bermula sebaik sahaja kita diijabkabulkan.

Kalau x malu dengan orang-orang sekeliling pun,malulah dengan Allah.Bahagia semasa bercinta cuma sekejap aje,bila nafsu sudah menguasai akal dan fikiran bahagia itu akan hilang terus.Cuba fikirkan,apa gunanya kita solat 5 waktu,sekiranya kita x mampu melawan ajakan iblis syaitan,masih lagi membuat perkara-perkara yang mungkar.Keluar dating dengan pasangan kekasih kita,dalam hati hanya wajah kekasih yang sentiasa terbayang-bayang.Sedar x,secara x langsung kita dah buat dosa iaitu dosa hati.Ingat yang bukan-bukan tentang kekasih kita.

Kalau dah x tahan sangat menanggung rindu dendam,ambil jalan mudah dan jalan yang diredhai oleh Allah iaitu akhiri dengan perkahwinan.Selamat segala-galanya.Cubalah bayangkan tengah asyik-masyuk berdating,iblis datang kepada kita,berbisik menyuruh melakukan perkara-perkara yang terkutuk.Mampukah iman kita yang cuma senipis kulit bawang mencegah dan menghalangnya,sedangkan tuntutan hati untuk berdating dengan pasangan kekasih setiap hari pun kita x mampu untuk mengelak dan menghalangnya.

Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah wahai remaja-remaja sekalian,samada yang masih di bangku sekolah ataupun yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi,bahawasanya bila cinta menguasai diri,bahagianya cuma sekejap aje yang sempat dirasai oleh kita dan bila nafsu menguasai akal dan fikiran,bila iblis syaitan bermaharajalela dalam hati,bukan lagi kebahagiaan yang kita miliki malahan kemusnahan yang menanti kita.Yang mana tersasar jauh kembalilah semula ke jalan yang di redhai oleh Allah dan yakinlah akan qada dan qadarNYA.Belajarlah menerima hakikat jika seseorang sudah di takdirkan untuk kita sejak azali lagi,dia tetap milik kita.Usahlah terpengaruh dengan nafsu yang melalaikan,bercinta bagai nak rak,akhirnya hancur berkecai di tengah jalan.Apa yang kita dapat.Kecewa,sedih tekanan,jiwa x tenteram,perasaan gundah gulana…………..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan