28 Mac 2011

ALHAMDULILLAH,SYUKUR PADAMU YA ALLAH



Usahlah mengeluh,andai di timpa musibah…
Usahlah berduka,andai diri x sesempurna orang lain…..
Usahlah bermuram durja,andai ketenangan diganggu….
Usahlah bersedih,andai kehilangan sesuatu….
Sebaliknya basahi lidah dengan ungkapan alhamdulillah….
Dan bersabarlah dalam apa jua keadaan sekalipun….
Kerana di sebalik semua itu ada hikmah yang tersembunyi….

Yakinlah dengan mengingati Allah,hati akan tenang…
Jadikanlah Firman Allah ini sebagai panduan:
“Ketahuilah  dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang”.
(SURAH AR-RA’D AYAT:28)

Sematkanlah dalam hati bahawasanya hanya Allah dan RasulNYA sahaja yang berhak dicintai.Tiada cinta yang sesuci dan semurni melainkan cinta Allah dan RasulNYA.
“Dengan cinta Allah rasa tenang dalam derita.Rasa mulia ketika dihina.Rasa lapang ketika kesempitan.Ketika diberi kesenangan maka bersyukurlah,ketika ditimpa musibah maka bersabarlah.Dalam apa jua keadaan,diri akan beruntung dan bahagia”.

Renungilah Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Ajaib bagi  orang mukmin kerana bila senang dia syukur lalu diberi pahala.Bila susah,dia sabar lalu diberi pahala.Dalam kedua-dua keadaan dia mendapat keuntungan”.

Bersyukurlah dalam apa jua keadaan…..
Biar sekalipun  badai datang melanda….
Ombak menghempas pantai….
Ribut taufan datang bertandang….
Jangan mudah berputus asa….
Jangan menyerah kalah….
Jangan menyesali takdir Allah…
Alhamdulillah sentiasa dibibir….
Kerana Allah Maha Mengetahui….
Apa yang tersirat dan apa yang tersurat.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan