31 Mac 2011

SAYANG SAHABAT KERANA ALLAH



Sahabat,nantikan bila tiba hari lahir kita,kita x nak hadiah atau ucapan apa-apa pun.Kalau nak bagi juga kita terima,kita ucapkan terima kasih sebab kata orang rezeki jangan ditolak,maut jangan dicari…hehehehe.Kalau x bagi pun x apa,kita x kecil hati,sebab bagi kita semua tu x penting.Kita lebih mementingkan ikatan ukhwah dengan sahabat,kita sayangkan sahabat kita semata-mata kerana ALLAH.Sahabat yang baik susah nak dicari,jadi kita nak hargai sahabat yang setia dengan kita.Kita nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih untuk sahabat,kerana sahabat sanggup susah senang bersama kita.Sahabat sanggup melayan kerenah kita yang berbagai-bagai.Terkadang kita menyakiti hati sahabat….maafkan kita ya sahabat.

Sahabat,kalau sahabat nak bagi juga hadiah atau ucapan….nanti bila kita dah x ada,sahabat bagilah,masa tu kita terima dengan hati yang terbuka,sebab kita amat memerlukan hadiah dan ucapan dari sahabat.Bila sahabat dengar kita dah x ada nanti,sahabat ucapkanlah innalillahi….juga sahabat bagilah hadiah,kita x nak hadiah yang mahal-mahal cukuplah dengan Surah Yasin,Al-Fatihah dan doa untuk kita supaya bila kita kat sana nanti kita akan tenang,tempat pengabdian kita akan disinari cahaya,kita x nak bergelap,sesungguhnya kita takut dengan siksaan kubur.Itulah yang paling penting dan itulah jugalah yang kita harapkan dari sahabat.



Sebab tu la kita x berapa nak mementingkan hadiah dan ucapan hari lahir,sebab kita tahu semua itu x kekal lama.Kita nakkan syurga ALLAH,tapi kita x tahu sama ada kita layak ke x.Kita juga x tahu sama ada amalan yang kita lakukan ini di terima atau x,hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI.Kita memang mengharap sangat-sangat syurga ALLAH.Kita sedar sebagai makhluk ALLAH yang bergelar insan,kita sering sahaja melakukan kesilapan.Kita bukanlah yang terbaik,tapi kita nak cuba juga jadi yang terbaik….insyaALLAH.

Sahabat,bila kita dah x ada nanti….sahabat iringilah pemergian kita dengan doa,sebab itulah hadiah terbaik dari sahabat untuk kita dan di kesempatan ini kita nak minta maaf kat sahabat,andai kita ada menyakiti hati sahabat….sahabat maafkanlah kita.Kita juga nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sahabat sudi menjalin ikatan ukhwah dengan kita.Kita gembira sebenarnya mengenali sahabat dan kita bersedih andai ikatan ukhwah antara kita dan sahabat berhenti setakat ini kerana bagi kita sahabatlah yang terbaik.

Sahabat,jangan pula lupakan kita,bila kita dah x ada nanti….selalulah kirimkan hadiah untuk kita.Kalau kat dunia kita x memerlukan sangat hadiah dari sahabat tapi kat sana nanti tentu kita mengharap sangat-sangat hadiah dari sahabat.Jangan lupakan kita ya….
Maafkan kita sekali lagi…Sahabat jangan pula bersedih,bila mendapat berita yg kita dah x ada lagi kat dunia ni…Kita pergi menghadap kekasih yang sangat-sangat kita cintai iaitu ALLAH.Sesungguhnya hidup dan mati kita hanya kerana ALLAH.

Mati itu pasti,di dalam Al- Quran,surah Al-Ankabut ayat:57,ALLAH berfirman yang bermaksud:
“Setiap yang hidup akan merasai mati,kemudian kepada AKUlah akan dikembalikan”.
Manakala dalam surah Al-Anbiyaa’ ayat:35,ALLAH berfirman yang bermaksud:
“Setiap yang berjiwa akan merasai mati.Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan(yang sebenar-benarnya).Dan hanya kepada KAMIlah kamu dikembalikan”.

Sahabat,ingatilah pesanan kita sampai bila-bila…. “hargailah sahabat yang setia dengan kita,yang sanggup susah senang bersama….janganlah kita menidakkan kehadirannya,bila kita sudah mencapai kejayaan ataupun bila kita sudah senang…..bila kita dalam kesusahan,x ramai yang datang menolong,malahan ramai yang menjauhikan diri….hanya sahabat yang setia,yang sayang  dengan kita akan bersama…..memberikan kata-kata perangsang,menguatkan kembali semangat kita,bila kita ditimpa musibah.Bila dia dah tiada,x guna kita menyesal”…..ingat ya sahabat,pesanan kita ini….Kita sayangkan sahabat kerana ALLAH…bila kita dah x ada,sahabat iringilah pemergian kita dengan doa….sayang sahabat kini dan selamanya kerana ALLAH.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan