31 Mac 2011

AL-QURAN KITAB KALAMULLAH....



AL-Quran,
Kitab Kalamullah,
Rindu rasanya jika x dapat menatapnya,
Sepi jika x dapat mengalunkan irama merdunya,
Tersiksa jika sehari x dapat memegangnya.

Al-Quran,
Kitab Kalamullah,
Terhiburnya hati bila irama merdunya diperdengarkan,
Terasa damainya jiwa,bila bait-bait sucinya dialunkan,
Kesunyian tiada lagi dirasai.

Al-Quran,
Kitab Kalamullah,
Dapat menyuluh hati yang kebingungan,
Tidak jemu menghayatinya,
Jiwa tenteram,hati menjadi tenang.




SAYANG SAHABAT KERANA ALLAH



Sahabat,nantikan bila tiba hari lahir kita,kita x nak hadiah atau ucapan apa-apa pun.Kalau nak bagi juga kita terima,kita ucapkan terima kasih sebab kata orang rezeki jangan ditolak,maut jangan dicari…hehehehe.Kalau x bagi pun x apa,kita x kecil hati,sebab bagi kita semua tu x penting.Kita lebih mementingkan ikatan ukhwah dengan sahabat,kita sayangkan sahabat kita semata-mata kerana ALLAH.Sahabat yang baik susah nak dicari,jadi kita nak hargai sahabat yang setia dengan kita.Kita nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih untuk sahabat,kerana sahabat sanggup susah senang bersama kita.Sahabat sanggup melayan kerenah kita yang berbagai-bagai.Terkadang kita menyakiti hati sahabat….maafkan kita ya sahabat.

Sahabat,kalau sahabat nak bagi juga hadiah atau ucapan….nanti bila kita dah x ada,sahabat bagilah,masa tu kita terima dengan hati yang terbuka,sebab kita amat memerlukan hadiah dan ucapan dari sahabat.Bila sahabat dengar kita dah x ada nanti,sahabat ucapkanlah innalillahi….juga sahabat bagilah hadiah,kita x nak hadiah yang mahal-mahal cukuplah dengan Surah Yasin,Al-Fatihah dan doa untuk kita supaya bila kita kat sana nanti kita akan tenang,tempat pengabdian kita akan disinari cahaya,kita x nak bergelap,sesungguhnya kita takut dengan siksaan kubur.Itulah yang paling penting dan itulah jugalah yang kita harapkan dari sahabat.



Sebab tu la kita x berapa nak mementingkan hadiah dan ucapan hari lahir,sebab kita tahu semua itu x kekal lama.Kita nakkan syurga ALLAH,tapi kita x tahu sama ada kita layak ke x.Kita juga x tahu sama ada amalan yang kita lakukan ini di terima atau x,hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI.Kita memang mengharap sangat-sangat syurga ALLAH.Kita sedar sebagai makhluk ALLAH yang bergelar insan,kita sering sahaja melakukan kesilapan.Kita bukanlah yang terbaik,tapi kita nak cuba juga jadi yang terbaik….insyaALLAH.

Sahabat,bila kita dah x ada nanti….sahabat iringilah pemergian kita dengan doa,sebab itulah hadiah terbaik dari sahabat untuk kita dan di kesempatan ini kita nak minta maaf kat sahabat,andai kita ada menyakiti hati sahabat….sahabat maafkanlah kita.Kita juga nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sahabat sudi menjalin ikatan ukhwah dengan kita.Kita gembira sebenarnya mengenali sahabat dan kita bersedih andai ikatan ukhwah antara kita dan sahabat berhenti setakat ini kerana bagi kita sahabatlah yang terbaik.

Sahabat,jangan pula lupakan kita,bila kita dah x ada nanti….selalulah kirimkan hadiah untuk kita.Kalau kat dunia kita x memerlukan sangat hadiah dari sahabat tapi kat sana nanti tentu kita mengharap sangat-sangat hadiah dari sahabat.Jangan lupakan kita ya….
Maafkan kita sekali lagi…Sahabat jangan pula bersedih,bila mendapat berita yg kita dah x ada lagi kat dunia ni…Kita pergi menghadap kekasih yang sangat-sangat kita cintai iaitu ALLAH.Sesungguhnya hidup dan mati kita hanya kerana ALLAH.

Mati itu pasti,di dalam Al- Quran,surah Al-Ankabut ayat:57,ALLAH berfirman yang bermaksud:
“Setiap yang hidup akan merasai mati,kemudian kepada AKUlah akan dikembalikan”.
Manakala dalam surah Al-Anbiyaa’ ayat:35,ALLAH berfirman yang bermaksud:
“Setiap yang berjiwa akan merasai mati.Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan(yang sebenar-benarnya).Dan hanya kepada KAMIlah kamu dikembalikan”.

Sahabat,ingatilah pesanan kita sampai bila-bila…. “hargailah sahabat yang setia dengan kita,yang sanggup susah senang bersama….janganlah kita menidakkan kehadirannya,bila kita sudah mencapai kejayaan ataupun bila kita sudah senang…..bila kita dalam kesusahan,x ramai yang datang menolong,malahan ramai yang menjauhikan diri….hanya sahabat yang setia,yang sayang  dengan kita akan bersama…..memberikan kata-kata perangsang,menguatkan kembali semangat kita,bila kita ditimpa musibah.Bila dia dah tiada,x guna kita menyesal”…..ingat ya sahabat,pesanan kita ini….Kita sayangkan sahabat kerana ALLAH…bila kita dah x ada,sahabat iringilah pemergian kita dengan doa….sayang sahabat kini dan selamanya kerana ALLAH.












30 Mac 2011

MAAFKAN KITA YA SAHABAT....



Sedih rasanya bila sahabat yang sangat-sangat disayangi,menyepikan diri dari kita.Semuanya kerana dalam hati sudah berteman,sahabat yang disayangi sedang dilamun cinta.Hebatnya penangan cinta,sampaikan lupa pada orang sekeliling.Tiada lagi sms seperti dulu,sedih sangat-sangat.Tapi apa boleh buatkan,kekasih lebih penting.Kita ni siapa,x penting mana pun.

Kerana sibuk bercinta,macam-macam alasan sahabat berikan kepada kita:

x boleh nak sms kita selalu sebab sibuk sangat-sangat ngan study,yg tu kita boleh percaya.Sebab kita tahu,study lebih penting dari segala-galanya.Kita pun masih belajar,faham sangat-sangat bagaimana kesibukkan yang dihadapi oleh seorg yg bergelar pelajar.

x boleh nak balas mesej,kredit habis.Kita pun sebenarnya bukanlah mengharap sangat balasan mesej dari sahabat.Kita cuma nak tahu perkhabaran dari sahabat aje.Kita ambil berat pasal sahabat,kerana kita sayangkan sahabat kita.Kita x nak apa-apa yg x elok berlaku kat sahabat.Kita dah anggap sahabat macam keluarga kita sendiri.Kita sayangkan sahabat pun macam keluarga sendiri,x ada maksud atau niat lainnya.Kita sedar siapa kita sebenarnya,x penting mana pun.

Sahabat menyepi diri,kita pun x nak ganggu lagi sahabat,biarlah dia bahagia dengan kekasih hatinya.Kita bukannya apa,sahabat kita ini tersangatlah baiknya,sebab itulah kita sayangkan sahabat kita.Kita tahu,bila kita kehilangan dia,kita x akan menemui sahabat yang baik sepertinya lagi.Memang tiada penggantinya.

Untuk sahabat yang sangat-sangat kita sayangi ini,kita pinta berbanyak-banyak kemaafan,andai sepanjang perkenalan antara kita dan sahabat,kita banyak melukakan hati dan perasaan sahabat.Kita hanya insan biasa,yang x pernah terlepas dari melakukan kesilapan.Maafkan kita ya,sahabat.Kita tahu kita banyak buat salah.

Apa yang  sangat-sangat kita harapkan,agar sahabat sentiasa dalam peliharaan Allah,agar sahabat sentiasa di lindungi Allah,agar sahabat sentiasa di berkati Allah dan agar sahabat di rahmati Allah.Hanya doa aje yang mampu kita  berikan kepada sahabat.Kita juga nak memberi pesanan untuk sahabat,jaga diri sahabat baik-baik….segala-gala kebaikan yang dilakukan mesti niat kerana Allah.Sekiranya sahabat ditimpa musibah mengadulah pada Allah,kerana hanya kepada DIAlah yang terbaik.Semoga sahabat berbahagia….

Kalau kita mendiamkan diri,janganlah sahabat menganggap yang bukan-bukan.Kita x bermaksud apa-apa,cuma kita x nak mengganggu kebahagiaan sahabat.Kita x nak ganggu sahabat lagi dengan sms kita yang entah apa-apa.Maafkan kita ya sahabat,kita bukanlah yang terbaik,kita sering mengganggu sahabat.Berjuta-juta kemaafan kita pinta.Dan ketahuilah sahabat,bahawasanya sahabat adalah diantara orang-orang yang kita sayangi kini dan selamanya.Kita dan sahabat umpama satu keluarga…..Maafkan kita ya sahabat kerana meluahkan apa yang terpendam dalam hati kita kat sini….Bagi kita sahabat adalah yang terbaik di antara terbaik…..

Sahabat andai ini luahan hati terakhir dari kita….maafkan kita ya sahabat.Kita x tahu sampai mana pengakhiran hidup kita kat bumi Allah ini.Kita sedih sebenarnya,x tahulah sebab apa kita bersedih,susah untuk digambarkan melalui tulisan  dan kata-kata…Maafkan kita ya sahabat….sekali lagi kita katakan sahabat adalah yang terbaik antara terbaik…sahabat baik sangat-sangat dengan kita.Kita x nak ganggu sahabat lagi,janganlah sahabat bimbang….insyaAllah kita x akan ganggu sahabat  lagi….semoga berbahagia ya…

NIKMATNYA CINTA ALLAH



Bahagiakah,andai cinta yang di bina berlandaskan hawa nafsu…..
Bahagiakah,andai cinta yang di bina atas kemusnahan orang lain…..
Bahagiakah,andai cinta yang di bina atas kesusahan orang lain…..
Bahagiakah,andai cinta yang di bina atas keperitan orang lain….
Andai bahagia,setakat mana kebahagiaan yang di perolehi.

Bahagia hanya boleh di perolehi,andai cinta yang di bina berlandaskan hukum dan syariat ALLAH…..
Bahagia hanya di perolehi,andai cinta yang di bina untuk ALLAH  dan RasulNYA…
Bahagia hanya di perolehi,andai cinta yang di bina lahir dari hati yang tulus dan suci….
Bahagia hanya di perolehi,andai cinta yang di bina kerana ALLAH….
Bahagianya cinta kerana ALLAH.

Sedarlah,bahagia bercinta sesama insan hanya seketika….
Sedarlah,bahagia bercinta sesama insan x akan kekal…..
Sedarlah,bahagia bercinta dengan ALLAH tiada penghujungnya….
Sedarlah,bahagia bercinta dengan ALLAH  kekal selamanya.

Nikmatnya cinta ALLAH,hati akan menjadi tenang….
Nikmatnya cinta ALLAH,jiwa jadi tenteram…..
Nikmatnya cinta ALLAH,tiada gundah gulana….
Nikmatnya cinta ALLAH,tiada resah gelisah…..
Nikmatnya cinta ALLAH,tiada kelukaan diperolehi….
Nikmatnya cinta ALLAH,tiada merasai akan kehilanganNYA…
Nikmatnya cinta ALLAH,selamanya…..
Nikmatnya cinta ALLAH,membawa ke syurga

29 Mac 2011

NUKILAN BUAT AKAK TERSAYANG.....




Akak,
Orang yang kita sayangi belum tentu boleh menjadi milik kita.Andai dia tercipta buat akak,pasti dia akan menjadi milik akak.Andai dia bukan tercipta buat akak,terimalah ketentuan  yang Maha Esa.Yakin dan pasrahlah dengan takdir Allah.

Akak,
Biarkanlah dia bahagia dengan pilihan hatinya.Yang mampu kita lakukan hanyalah doa mengiringi kebahagiaannya.Tapi kuasa Allah siapa tahukan,selagi dia tiada apa-apa ikatan dia bukanlah milik sesiapapun.

Akak,
Dia sedang berbahagia ketika ini.Kalau nak diikutkan rasa hati,memang sangat-sangat terkilan dan kecewa.Apa yang kita harapkan x menjadi kenyataan.Tapi x apalah,kita x boleh menyalahkan takdir Allah,mungkin itu yang boleh membuatkan dia bahagia.Kita kena terima segala-galanya.

Akak,
Bersabarlah,jangan biarkan hati akak terluka,tercalar dan tergores kerana dia.Banyakkan berdoa moga-moga impian akak akan menjadi kenyataan,insyaALLAH.x semua apa yang kita suka akan menjadi milik kita.

Akak,
Hayatilah pesanan ini, “Cintailah sesuatu itu sekadar saja,berkemungkinan ia akan menjadi kebenciaanmu pada suatu ketika.Bencilah yang engkau  benci itu sekadar saja,berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika”.
Dan renungilah firman ALLAH ini, “Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu.Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu.Sedarlah kamu tidak mengetahui,ALLAH lah yang lebih mengetahui”.(AL-BAQARAH Ayat :216).

Akak,
Yakinlah suatu hari nanti akak akan menemui juga kebahagiaan yang akak impikan,walaupun tanpa dia.Tapi lebih bahagia lagi dengan orang yang akak cintai.
Kalau sudah tersurat dia milik akak,dia tetap akan menjadi milik akak,kita sebagai insan biasa hanya mampu merancang,tapi ALLAH yang menentukan.

Akak,
Benarkah kata pujangga, “Sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang,tetapi tidak berbalas?”Sama ada benar atau tidak,hanya orang yang merasainya yang tahu.Tapi kalau nak difikirkan balik, “Sakit yang paling dahsyat sekali ialah kita x mampu mencintai ALLAH lebih dari kita mencintai seseorang”.

Akak,
Ini untuk akak (copy dari sebuah buku)

CINTA ITU DI HATI
Cinta adalah fitrah hati,
Lahir tanpa diminta dan dipaksa,
Namun Tuhan sentiasa menguji,
Apakah cinta itu suci atau sebaliknya.

Cintailah yang di hati,
Itu cinta hakiki dan murni,
Jangan cinta hanya nafsu,
Itu cinta palsu yang melulu.

Betapa bahagia cintakan Tuhan,
Bagai bunga yang mewangi kehidupan,
Tiada waktu dan jarak memisahkan,
Kembara rasa tidak bernoktah.

Betapa derita korban percintaan,
Bila nafsu menjadi taruhan,
Jiwa gelisah bila terpisah,
Asyik bertemu jemu berpisah.

Cintailah sesiapa sahaja,
Asal wadahnya cinta Allah,
Hati tidak resah,
Jiwa tak akan gelisah,
Jauh terhubung rindu,dekat terikat padu.

AKAK,
BERSABATLAH MENGHADAPI DUGAAN HIDUP….
BERUSAHA,BERDOA DAN BERTAWAKKAL….
MOGA-MOGA KEBAHAGIAAN MENJADI MILIK AKAK SUATU HARI NANTI….

AKAK,
ANDAI HATI AKAK TERLUKA KERANA DIA,
JADIKANLAH ZIKRULLAH PENYEMBUH DAN PENGGANTIYA…..
ANDAI KENANGAN LALU MENGUSIK JIWA DAN SANUBARI AKAK,
LUPAKANLAH IANYA…..
ANDAI AKAK X BOLEH MELUPAI DIA,
AMBILLAH WUDUK DAN ALUNKAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN…..
INSYAALLAH KETENANGAN PASTI AKAN BERTANDANG…….

AKAK,
HANYA INI YANG MAMPU ADIK CORETKAN BUAT AKAK YANG DISAYANGI,MOGA AKAK TABAH MENGHADAPI DUGAAN HIDUP DAN SEMOGA KETENANGAN MENJADI MILIK AKAK……




28 Mac 2011

ALHAMDULILLAH,SYUKUR PADAMU YA ALLAH



Usahlah mengeluh,andai di timpa musibah…
Usahlah berduka,andai diri x sesempurna orang lain…..
Usahlah bermuram durja,andai ketenangan diganggu….
Usahlah bersedih,andai kehilangan sesuatu….
Sebaliknya basahi lidah dengan ungkapan alhamdulillah….
Dan bersabarlah dalam apa jua keadaan sekalipun….
Kerana di sebalik semua itu ada hikmah yang tersembunyi….

Yakinlah dengan mengingati Allah,hati akan tenang…
Jadikanlah Firman Allah ini sebagai panduan:
“Ketahuilah  dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang”.
(SURAH AR-RA’D AYAT:28)

Sematkanlah dalam hati bahawasanya hanya Allah dan RasulNYA sahaja yang berhak dicintai.Tiada cinta yang sesuci dan semurni melainkan cinta Allah dan RasulNYA.
“Dengan cinta Allah rasa tenang dalam derita.Rasa mulia ketika dihina.Rasa lapang ketika kesempitan.Ketika diberi kesenangan maka bersyukurlah,ketika ditimpa musibah maka bersabarlah.Dalam apa jua keadaan,diri akan beruntung dan bahagia”.

Renungilah Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Ajaib bagi  orang mukmin kerana bila senang dia syukur lalu diberi pahala.Bila susah,dia sabar lalu diberi pahala.Dalam kedua-dua keadaan dia mendapat keuntungan”.

Bersyukurlah dalam apa jua keadaan…..
Biar sekalipun  badai datang melanda….
Ombak menghempas pantai….
Ribut taufan datang bertandang….
Jangan mudah berputus asa….
Jangan menyerah kalah….
Jangan menyesali takdir Allah…
Alhamdulillah sentiasa dibibir….
Kerana Allah Maha Mengetahui….
Apa yang tersirat dan apa yang tersurat.





25 Mac 2011

BERMUHASABAH DIRI



 Umur semakin meningkat…..
Kematian semakin dekat…..
Perbanyakkan amal ibadat…..
Untuk bekalan ke akhirat.

Masih ada peluang untuk bertaubat….
Untuk dosa yang di lakukan setiap detik,setiap saat….
Jadilah seorang mukmin yang taat….
Agar hidup sentiasa berkat.

Allah tidak mengira pangkat….
Apatah lagi dengan darjat….
Setiap orang akan disoal siasat….
Apakah yang di lakukan semasa hayat.

Wahai semua sahabat-sahabat….
Tinggalkan segera kemungkaran dan maksiat….
Insaflah dan segera bertaubat….
Sebelum terlambat.

Moga-moga Allah menerima taubat setiap hamba-hambaNYA…
InsyaAllah…..

BILA CINTA MENGUASAI DIRI.......BILA NAFSU MENGUASAI AKAL FIKIRAN



Bila cinta mula menguasai diri,bila kekosongan hati mula terisi,bila hati dah berkenan,semuanya indah-indah belaka.Tiada satu pun keburukan yang timbul.Kata-kata keramat ‘i love u’sayang sentiasa bermain di bibir setiap saat,setiap minit,setiap jam,setiap detik.Tidur malam sentiasa terbayangkan wajah kekasih.Tidur x lena,makan x kenyang,mandi x basah kerana sentiasa terbayangkan wajah kekasih.Kalau dalam sehari x bersua muka ,x mendengar suara…x senang duduk dibuatnya.

Bila cinta mula menguasai diri,terlupa pada keadaan sekeliling.Terlupa pada teman-teman yang lain,yang sanggup bersusah payah bersama-sama.Hebatnya penangan cinta.Kerana cinta lupa segala-galanya.

Tidak jemu ke,setiap hari keluar dating,lupakah lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tidak boleh keluar berdua-duaan,sudah lupakah hukum halal haram.Ataupun buat-buat lupa.Dimana letaknya akal yang waras kurniaan Ilahi,x boleh fikirkan yang mana baik dan yang mana buruk.Kenapa x terima hakikat,kalau seseorang itu sudah ditetapkan menjadi milik kita sejak azali lagi,tiada seorang pun yang boleh menganggu-gugatnya kecuali dengan keizinan Allah.

Kenapa x mahu menerima hakikat itu,takut kekasih yang di sayangi,yang di puja di kebas orang.x malukah memanggil seseorang yang bukan lagi menjadi hak milik kita secara mutlak dengan panggilan sayang.Tanyalah pada diri sendiri,adakah Islam menyuruh berbuat demikian,lainlah kalau seseorang itu sudah sah menjadi milik kita,akadnya sudah sah lengkap dengan wali dan saksinya.

Zaman serba maju ni,dengan ada berbagai-bagai kemudahan….facebook contoh yang paling hampir dengan kita,cubalah sahabat-sahabat sekalian fokus kepada pasangan-pasangan yang tengah khayal bercinta,yang menjadi rakan facebook kita,ada x panggilan sayang,honey,my sweet,I love you dan macam-macam lagi?Jawapannya tentu ada kan,cubalah simpan perkataan keramat itu untuk orang yang sah menjadi milik kita.Dan ingatlah kebahagiaan yang sejati bukannya bermula bila cinta menguasai diri tetapi bermula sebaik sahaja kita diijabkabulkan.

Kalau x malu dengan orang-orang sekeliling pun,malulah dengan Allah.Bahagia semasa bercinta cuma sekejap aje,bila nafsu sudah menguasai akal dan fikiran bahagia itu akan hilang terus.Cuba fikirkan,apa gunanya kita solat 5 waktu,sekiranya kita x mampu melawan ajakan iblis syaitan,masih lagi membuat perkara-perkara yang mungkar.Keluar dating dengan pasangan kekasih kita,dalam hati hanya wajah kekasih yang sentiasa terbayang-bayang.Sedar x,secara x langsung kita dah buat dosa iaitu dosa hati.Ingat yang bukan-bukan tentang kekasih kita.

Kalau dah x tahan sangat menanggung rindu dendam,ambil jalan mudah dan jalan yang diredhai oleh Allah iaitu akhiri dengan perkahwinan.Selamat segala-galanya.Cubalah bayangkan tengah asyik-masyuk berdating,iblis datang kepada kita,berbisik menyuruh melakukan perkara-perkara yang terkutuk.Mampukah iman kita yang cuma senipis kulit bawang mencegah dan menghalangnya,sedangkan tuntutan hati untuk berdating dengan pasangan kekasih setiap hari pun kita x mampu untuk mengelak dan menghalangnya.

Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah wahai remaja-remaja sekalian,samada yang masih di bangku sekolah ataupun yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi,bahawasanya bila cinta menguasai diri,bahagianya cuma sekejap aje yang sempat dirasai oleh kita dan bila nafsu menguasai akal dan fikiran,bila iblis syaitan bermaharajalela dalam hati,bukan lagi kebahagiaan yang kita miliki malahan kemusnahan yang menanti kita.Yang mana tersasar jauh kembalilah semula ke jalan yang di redhai oleh Allah dan yakinlah akan qada dan qadarNYA.Belajarlah menerima hakikat jika seseorang sudah di takdirkan untuk kita sejak azali lagi,dia tetap milik kita.Usahlah terpengaruh dengan nafsu yang melalaikan,bercinta bagai nak rak,akhirnya hancur berkecai di tengah jalan.Apa yang kita dapat.Kecewa,sedih tekanan,jiwa x tenteram,perasaan gundah gulana…………..


23 Mac 2011

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WASSALAM



Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlahzakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

22 Mac 2011

UNTUK APA BERCOUPLE?



Tanyalah hati sendiri,untuk apa bercouple?Jika niatnya benar-benar suci,yakni untuk bernikah(kerana itu tuntutan Allah dan mengikut sunnah) maka peliharalah niat yang suci itu baik-baik.Jangan dicemari dengan perbuatan yang kotor dan jijik.Tetapi sekiranya niat hanya suka-suka,sekadar berseronok-seronok,ikut trend terkini(teman2 semuanya bercouple,mengapa aku tidak?) maka hentikanlah.Takut syaitan mencelah.Apatah lagi bagi pasangan yang sering berdua-duaan di tempat yang sunyi.Ingat selalu pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:”Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat yang sunyi melainkan syaitanlah ‘orang’ ketiganya”.

Sudah menjadi trend terkini baik bagi remaja-remaja yang masih lagi di bangku persekolahan mahupun remaja-remaja yang  menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi.Masing-masing ingin bercouple.Masing-masing ingin menunjukkan kehebatan sesama sendiri.

Couple yang begini akan terdedah kepada keburukan,sama ada yang menimpa pihak lelaki atau pihak perempuan atau kedua-duanya sekali.Kekadang,bila ‘madu telah diseri’ kumbang pun terbang pergi.x mahu bertanggungjawab terhadap perbuatannya sendiri.Bila itu sudah terjadi,menangis air mata darah sekalipun x akan kembali seperti sediakala.Atau bila datang ‘kumbang jati’ yang lebih  ‘macho’,bunga di taman di sambar pergi.

Akan timbul perbalahan dan dendam,kerana hal yang remeh-temeh seperti itu.Semata-mata kerana berebutkan seorang kekasih,sanggup memutuskan ikatan silaturrahim sesama saudara seagama.Tanyalah pada diri sendiri,siapakah yang rugi?.

Lalu terdengar suara-suara pilu yang syahdu “benci tapi rindu” , “batinku menjerit tapi tiada suara” , batinku menjerit tapi tiada siapa pun yang tahu” ,aku gagak di rimba,engkau merak kayangan” sampailah kepada kata-kata yang boleh mencalarkan iman umpamanya “oh,Tuhan kau cabutlah nyawaku ,hidup sudah x bermakna lagi bagiku (hanya kerana putus cinta) atau “oh,Tuhan,apalah dosaku” (macam maksum sangat-x ada dosa).Sematkan dalam akal fikiran yang waras dan sentiasa beringat,bahawasanya tidak ada ketenangan dan kebahagiaan dengan membelakangkan hukum Tuhan.

Saat-saat indah bercouple hanya sekejap aje.Tapi jika hati dan perasaan terluka,sakitnya memakan masa yang lama untuk sembuh.Bila hati dan perasaan semakin parah,mulalah nak menyalahkan sesama sendiri.Kenapa sebelum bercouple,x nak fikirkan akibat dan kesan di kemudian hari,yang ada dalam fikiran hanyalah betapa indahnya bercouple,serasa dunia milik diri dan pasangan.Masa bercouple,segala keburukkan pasangan ditolak ke tepi,semuanya indah belaka.Bila kecewa,semuanya diungkit semula.

Zaman yang serba canggih ni,facebook menjadi tempat untuk meluahkan perasaan,
samaada gembira  atau kecewa dengan pasangan masing-masing.Itupun nasib baik ada facebook,sekurang-kurangnya semua orang boleh tahu yang diri sendiri sudah bercouple.Semuanya nak diluahkan kat dalam facebook.Hati dan perasaan gembira,sedih,kecewa,tercalar,terluka n pedih di tinggalkan kekasih.

Yakinlah dengan janji Allah melalui lidah kekasihNYA Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam: “Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal”.

ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA…..

Anda telah sedia untuk bercouple jika….
Niat anda memang untuk berkahwin dengan ‘sidia’ demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika….
Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata atau pun mengikut teman-teman(teman2 semuanya bercouple,mengapa aku tidak).

Anda telah bersedia untuk bercouple jika….
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi,berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika…..
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan uuntuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan,menyentuh dan dot…dot.

Anda telah bersedia untuk bercouple jika….
Sudah ‘lepas’ ilmu fardhu ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda.Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika…..
Masih kandas ilmu fardhu ain.Mengaji Al-Quran pun lintang pukang dan mempunyai masalah besar dalam pelajaran.Atau anda adalah pengganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..

Anda telah bersedia untuk bercouple jika…..
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu,berpuasa di bulan Ramadan,di samping yang wajib perkara-perkara sunat jangan pula dilupakan seperti solat sunat dan puasa sunat,sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menjadi ikutan dan berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam ertikata yang sebenarnya.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika….
Mengucapkan dua kalimah syahadah pun belum fasih,solat jarang-jarang,puasa kadang-kadang,apatah lagi untuk mengerjakan amalan-amalan sunat….aduhai!.

19 Mac 2011

HADIAH BUAT ADIK



Assalamualaikum adik…..

Cepat sungguh masa berlalu,sedar x sedar usia adik dah pun 14 tahun.Bersyukurlah adik,sebab adik masih lagi berpeluang menyedut udara segar di bumi Allah ini.x ada hadiah istimewa sempena tarikh kelahiran adik,cukuplah doa dari ayah,emak,abang dan kakak untuk adik.Moga-moga adik menjadi seorang anak yang solehah buat ayah dan mak,menjadi adik yang baik buat abang dan kakak dan menjadi seorang insan yang mulia sesuai dengan maksud nama adik iaitu Athirah ( yang utama atau yang mulia).Doa adalah sebaik-baik hadiah untuk adik.Itulah yang paling penting dan utama.x payahlah adik mengharapkan sambutan harijadi yang meriah atau hadiah yang besar dari ayah,mak,abang dan kakak.x penting semua itu,yang penting ialah bersyukur sebab adik boleh lagi merasai nikmat hidup di bumi Allah ini.

Adik,sambutan harijadi x membawa apa-apa makna pun dalam hidup kita,setakat nak berseronok aje buat seketika.x usahlah adik mengharapkan ucapan,sambutan atau hadiah dari sapa2 pun.Yang penting ucapan alhamdulillah yang keluar dari mulut adik,sebagai tanda bersyukur sebab adik di panjangkan umur,masih lagi dapat berbakti  untuk ayah dan mak,masih ada lagi peluang untuk menambahkan amal ibadat,masih lagi berkesempatan untuk memohon keampunan Ilahi sekiranya ada dosa-dosa masa lalu.Setiap hari kita ada melakukan dosa,dosa yang disedari ataupun tidak.Kita hanya manusia biasa yang x terlepas dari semua itu.

Adik,gunakanlah peluang yang sedia ada untuk lebihkan amal ibadat sebagai bekalan untuk kita  menuju ke alam yang kekal abadi.Jangan bazirkan masa yang cuma sedikit untuk keseronokkan duniawi semata-mata.Ingatlah adik,dunia hanya pinjam-pinjaman,akhirat jua  kekal abadi.Usahlah adik terpedaya dengan godaan dunia yang sementara ini.Kalau tiada orang yang mengingati tarikh lahir adik,janganlah adik berkecil hati,janganlah adik bersangka buruk.Sebenarnya ayah,mak,abang dan kakak tetap mengingati tarikh kelahiran adik,lebih-lebih lagi mak sebab mak yang melahirkan adik.

x mungkin mak akan melupakan saat-saat yang paling bahagia dalam hidup mak.Pada 20/3/1997, jam 9.36 pagi,hari Khamis adik dilahirkan melalui pembedahan.Itulah kali terakhir mak mengandung dan melahirkan cahaya mata,sebab bukan adik seorang aje yang lahir melalui pembedahan,abang dan kakak juga dilahirkan melalui cara yang sama dengan adik.Bayangkan adik,untuk melahirkan kita 3 beradik,mak terpaksa melalui 3 kali pembedahan,sakit hanya Allah sahaja yang tahu,tetapi mak bersabar demi kasih sucinya buat ketiga-tiga cahaya matanya.Itulah pengorbanan yang patut abang,kakak dan adik hargai.Tiada hadiah yang lebih bernilai dapat abang,kakak dan adik berikan buat mak,pengorbanan mak x dapat dijual beli dengan wang ringgit mahupun harta menimbun serta emas permata.

Adik,mampukah kita sebagai seorang anak berkorban untuk seorang ibu.Mampukah adik,tepuk dada tanya iman.Rasanya x termampu kita berkorban sampai ke tahap macam 2.Tapi mak,sebagai seorang ibu sanggup berkorban untuk anak-anaknya.Adik,marah mak bukan bermakna mak x sayangkan kita.Mak sayangkan kita,mak nak yang terbaik untuk anak-anaknya.Cuma kita yang salah anggap,bila mak marah,kita kata mak x sayangkan kita.x ada sekelumit pun dalam hati mak,yang mak x sayangkan kitaAdik,doa mak sentiasa mengiringi kita,walau di mana sekalipun kita berada.Adik,inilah hadiah paling besar dan berharga sempena tarikh kelahiran adik dari ayah,mak,abang dan kakak.Tiada hadiah paling berharga,paling besar dan paling bermakna selain doa dari seorang ibu buat anak-anak yang disayangi.Semoga adik berjaya di dunia dan di akhirat,tetapkan matlamat adik yang satu untuk menuju syurga Allah.Kalau tiada hadiah dari ayah,mak ,abang dan kakak sempena hari lahir adik,janganlah pula adik berkecil hati,sebab nikmat dunia hanya sementara aje.Semoga adik di panjangkan umur untuk membuat sebanyak mungkin amal ibadat dan di murahkan rezeki serta di terangi hati untuk adik menimba ilmu,baik ilmu duniawi mahupun ilmu akhirat.Sayang adik kiini dan selamanya dari ayah,mak abang dan kakak.


17 Mac 2011

MEMOHON KEAMPUNAN


BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

Ya Allah,
ENGKAU MAHA MENGETAHUI,
Bahawasanya hati ini terlalu menyintaiMU,
Bahawasanya hati ini terlalu menyayangi RasulMU,
Bahawasanya hati ini menderita jika tidak mengingatiMU,
Bahawasanya hati ini sengsara jika tidak mengenaliMU.

Ya Allah,
ENGKAU MAHA PENYAYANG,
Sayangilah hati hambaMU ini,
Jangan biarkan sayang dihati hambaMU ini diam membeku,
Dan jangan biarkan cinta dihati hambaMU ini beralih arah,
Menyayangi dan menyintai selain dariMU Ya Allah.

Ya Allah,
ENGKAU MAHA PENGASIH,
Kasihkanlah hambaMU yang tak berdaya ini,
KasihMU yang ku dambakan selama ini,
KasihMU yang ku nantikan,
KasihMu yang ku harapkan.

Ya Allah,
ENGKAU MAHA PEMURAH,
Maqbulkanlah doa ku Ya Allah,
Cuma sedikit ku pinta,
Jadikanlah aku hambaMU yang bersyukur,
Tetapkanlah hatiku untuk selalu mengingatiMU,
Jauhkanlah dari hatiku nafsu yang melalaikan,
Nafsu godaan iblis syaitan laknatullah.

Ya Allah,
ENGKAU MAHA PENGAMPUN,
Jika selama ini hambaMU lalai dari terus mengingatiMU,
Leka dengan nikmat dunia,
Jika selama ini hambaMU tidak mempedulikanMU,
Bila dalam kesenangan,
Jika selama ini hambaMU tidak bersyukur,
Akan nikmatMU,
Jika dan jika…………
Ampunilah hambaMU yang hina ini,Ya Allah,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harapkan.