10 Mac 2011

MENGEJAR CINTA ALLAH



Anggaplah ini satu tribulasi biasa yang sudah menjadi tradisi dalam mengejar cinta Allah.Cinta kepada manusia hanyalah serpih dibandingkan dengan cinta kepada Allah.Bila berlaku pertembungan antara dua cinta ini,seharusnya kita tidak teragak-agak lagi untuk mengutamakan cinta Allah,cinta yang lebih baik dan kekal.
Mus’ab bin Umair pernah berkata kepada ibunya yang mogok lapar membantah ke-Islamannya:
“Ibu,jika ibu mempunyai seratus nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu dengan ugutan supaya saya kembali kafir,nescaya saya tidak akan berganjak.Biarlah ibu mati seratus kali….saya tidak akan kafir kembali”.

Sedarlah,Islam tidak akan bangun sekiranya tidak ada pengorbanan cinta seperti yang ditunjukkan oleh para sahabat.Para sahabat telah sanggup mengorbankan rasa cinta kepada makhluk(walaupun makhluk itu sangat dicintainya)demi cintanya kepada Islam.Memang benar,kata orang “cinta itu buta”.Ya,cinta itu buta pada kesusahan,pada penderitaan dan pada kesakitan,demi mencapai apa yang dicintainya.

Cinta pada Allah,buta pada penderitaan rasa dan kesusahan hati kerana berpisah dengan makhluk.Namun,orang yang tidak pernah merasa cinta Allah akan merasa pelik dan tertanya-tanya:
“Ke mana perginya sifat kasih sayang dan cinta seoarang anak sehingga sanggup berpisah dengan ibu bapanya?”
“Ke mana hilangnya rasa cinta seorang isteri yang sanggup berpisah dengan suaminya?”
Siapa yang tidak rasa,tidak akan tahu.
Siapa yang tidak kenal maka tidak cinta.Sejauh manakah seseorang dapat mencintai Allah?Hassan al-Basri pernah berkata:
“Sejauh mana seseoarang itu kenal Allah,sejauh itulah cintanya kepada Allah”.

Jika hari ini,ada orang yang sanggup meninggalkan ibu bapa kerana menurut kekasihnya,jika hari ini ada orang yang menukar agama kerana cintanya,maka tidaklah terlalu aneh sekiranya generasi sahabat dahulu sanggup meninggalkan ibu bapa,agama nenek moyang,harta dan nyawa sendiri kerana cinta Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan