22 Mac 2011

UNTUK APA BERCOUPLE?



Tanyalah hati sendiri,untuk apa bercouple?Jika niatnya benar-benar suci,yakni untuk bernikah(kerana itu tuntutan Allah dan mengikut sunnah) maka peliharalah niat yang suci itu baik-baik.Jangan dicemari dengan perbuatan yang kotor dan jijik.Tetapi sekiranya niat hanya suka-suka,sekadar berseronok-seronok,ikut trend terkini(teman2 semuanya bercouple,mengapa aku tidak?) maka hentikanlah.Takut syaitan mencelah.Apatah lagi bagi pasangan yang sering berdua-duaan di tempat yang sunyi.Ingat selalu pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:”Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat yang sunyi melainkan syaitanlah ‘orang’ ketiganya”.

Sudah menjadi trend terkini baik bagi remaja-remaja yang masih lagi di bangku persekolahan mahupun remaja-remaja yang  menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi.Masing-masing ingin bercouple.Masing-masing ingin menunjukkan kehebatan sesama sendiri.

Couple yang begini akan terdedah kepada keburukan,sama ada yang menimpa pihak lelaki atau pihak perempuan atau kedua-duanya sekali.Kekadang,bila ‘madu telah diseri’ kumbang pun terbang pergi.x mahu bertanggungjawab terhadap perbuatannya sendiri.Bila itu sudah terjadi,menangis air mata darah sekalipun x akan kembali seperti sediakala.Atau bila datang ‘kumbang jati’ yang lebih  ‘macho’,bunga di taman di sambar pergi.

Akan timbul perbalahan dan dendam,kerana hal yang remeh-temeh seperti itu.Semata-mata kerana berebutkan seorang kekasih,sanggup memutuskan ikatan silaturrahim sesama saudara seagama.Tanyalah pada diri sendiri,siapakah yang rugi?.

Lalu terdengar suara-suara pilu yang syahdu “benci tapi rindu” , “batinku menjerit tapi tiada suara” , batinku menjerit tapi tiada siapa pun yang tahu” ,aku gagak di rimba,engkau merak kayangan” sampailah kepada kata-kata yang boleh mencalarkan iman umpamanya “oh,Tuhan kau cabutlah nyawaku ,hidup sudah x bermakna lagi bagiku (hanya kerana putus cinta) atau “oh,Tuhan,apalah dosaku” (macam maksum sangat-x ada dosa).Sematkan dalam akal fikiran yang waras dan sentiasa beringat,bahawasanya tidak ada ketenangan dan kebahagiaan dengan membelakangkan hukum Tuhan.

Saat-saat indah bercouple hanya sekejap aje.Tapi jika hati dan perasaan terluka,sakitnya memakan masa yang lama untuk sembuh.Bila hati dan perasaan semakin parah,mulalah nak menyalahkan sesama sendiri.Kenapa sebelum bercouple,x nak fikirkan akibat dan kesan di kemudian hari,yang ada dalam fikiran hanyalah betapa indahnya bercouple,serasa dunia milik diri dan pasangan.Masa bercouple,segala keburukkan pasangan ditolak ke tepi,semuanya indah belaka.Bila kecewa,semuanya diungkit semula.

Zaman yang serba canggih ni,facebook menjadi tempat untuk meluahkan perasaan,
samaada gembira  atau kecewa dengan pasangan masing-masing.Itupun nasib baik ada facebook,sekurang-kurangnya semua orang boleh tahu yang diri sendiri sudah bercouple.Semuanya nak diluahkan kat dalam facebook.Hati dan perasaan gembira,sedih,kecewa,tercalar,terluka n pedih di tinggalkan kekasih.

Yakinlah dengan janji Allah melalui lidah kekasihNYA Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam: “Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal”.

ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA…..

Anda telah sedia untuk bercouple jika….
Niat anda memang untuk berkahwin dengan ‘sidia’ demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika….
Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata atau pun mengikut teman-teman(teman2 semuanya bercouple,mengapa aku tidak).

Anda telah bersedia untuk bercouple jika….
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi,berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika…..
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan uuntuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan,menyentuh dan dot…dot.

Anda telah bersedia untuk bercouple jika….
Sudah ‘lepas’ ilmu fardhu ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda.Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika…..
Masih kandas ilmu fardhu ain.Mengaji Al-Quran pun lintang pukang dan mempunyai masalah besar dalam pelajaran.Atau anda adalah pengganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..

Anda telah bersedia untuk bercouple jika…..
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu,berpuasa di bulan Ramadan,di samping yang wajib perkara-perkara sunat jangan pula dilupakan seperti solat sunat dan puasa sunat,sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menjadi ikutan dan berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam ertikata yang sebenarnya.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika….
Mengucapkan dua kalimah syahadah pun belum fasih,solat jarang-jarang,puasa kadang-kadang,apatah lagi untuk mengerjakan amalan-amalan sunat….aduhai!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan