30 Mac 2011

MAAFKAN KITA YA SAHABAT....



Sedih rasanya bila sahabat yang sangat-sangat disayangi,menyepikan diri dari kita.Semuanya kerana dalam hati sudah berteman,sahabat yang disayangi sedang dilamun cinta.Hebatnya penangan cinta,sampaikan lupa pada orang sekeliling.Tiada lagi sms seperti dulu,sedih sangat-sangat.Tapi apa boleh buatkan,kekasih lebih penting.Kita ni siapa,x penting mana pun.

Kerana sibuk bercinta,macam-macam alasan sahabat berikan kepada kita:

x boleh nak sms kita selalu sebab sibuk sangat-sangat ngan study,yg tu kita boleh percaya.Sebab kita tahu,study lebih penting dari segala-galanya.Kita pun masih belajar,faham sangat-sangat bagaimana kesibukkan yang dihadapi oleh seorg yg bergelar pelajar.

x boleh nak balas mesej,kredit habis.Kita pun sebenarnya bukanlah mengharap sangat balasan mesej dari sahabat.Kita cuma nak tahu perkhabaran dari sahabat aje.Kita ambil berat pasal sahabat,kerana kita sayangkan sahabat kita.Kita x nak apa-apa yg x elok berlaku kat sahabat.Kita dah anggap sahabat macam keluarga kita sendiri.Kita sayangkan sahabat pun macam keluarga sendiri,x ada maksud atau niat lainnya.Kita sedar siapa kita sebenarnya,x penting mana pun.

Sahabat menyepi diri,kita pun x nak ganggu lagi sahabat,biarlah dia bahagia dengan kekasih hatinya.Kita bukannya apa,sahabat kita ini tersangatlah baiknya,sebab itulah kita sayangkan sahabat kita.Kita tahu,bila kita kehilangan dia,kita x akan menemui sahabat yang baik sepertinya lagi.Memang tiada penggantinya.

Untuk sahabat yang sangat-sangat kita sayangi ini,kita pinta berbanyak-banyak kemaafan,andai sepanjang perkenalan antara kita dan sahabat,kita banyak melukakan hati dan perasaan sahabat.Kita hanya insan biasa,yang x pernah terlepas dari melakukan kesilapan.Maafkan kita ya,sahabat.Kita tahu kita banyak buat salah.

Apa yang  sangat-sangat kita harapkan,agar sahabat sentiasa dalam peliharaan Allah,agar sahabat sentiasa di lindungi Allah,agar sahabat sentiasa di berkati Allah dan agar sahabat di rahmati Allah.Hanya doa aje yang mampu kita  berikan kepada sahabat.Kita juga nak memberi pesanan untuk sahabat,jaga diri sahabat baik-baik….segala-gala kebaikan yang dilakukan mesti niat kerana Allah.Sekiranya sahabat ditimpa musibah mengadulah pada Allah,kerana hanya kepada DIAlah yang terbaik.Semoga sahabat berbahagia….

Kalau kita mendiamkan diri,janganlah sahabat menganggap yang bukan-bukan.Kita x bermaksud apa-apa,cuma kita x nak mengganggu kebahagiaan sahabat.Kita x nak ganggu sahabat lagi dengan sms kita yang entah apa-apa.Maafkan kita ya sahabat,kita bukanlah yang terbaik,kita sering mengganggu sahabat.Berjuta-juta kemaafan kita pinta.Dan ketahuilah sahabat,bahawasanya sahabat adalah diantara orang-orang yang kita sayangi kini dan selamanya.Kita dan sahabat umpama satu keluarga…..Maafkan kita ya sahabat kerana meluahkan apa yang terpendam dalam hati kita kat sini….Bagi kita sahabat adalah yang terbaik di antara terbaik…..

Sahabat andai ini luahan hati terakhir dari kita….maafkan kita ya sahabat.Kita x tahu sampai mana pengakhiran hidup kita kat bumi Allah ini.Kita sedih sebenarnya,x tahulah sebab apa kita bersedih,susah untuk digambarkan melalui tulisan  dan kata-kata…Maafkan kita ya sahabat….sekali lagi kita katakan sahabat adalah yang terbaik antara terbaik…sahabat baik sangat-sangat dengan kita.Kita x nak ganggu sahabat lagi,janganlah sahabat bimbang….insyaAllah kita x akan ganggu sahabat  lagi….semoga berbahagia ya…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan