Otak dan akal mempunyai hubungan yang rapat.Akal pula dikaitkan dengan pemahaman,pengertian,fikiran dan seterusnya.
Tetapi,jika kita tidak menggunakan akal yang dikurniakan sesuai dengan bimbingan wahyu,kita sebenarnya lebih rendah daripada binatang.Na’uzubillahi min zalik.
Hal ini jelas sebagaimana diceritakan dalam Al-Quran,mengenai umat yang tidak mahu mengambil pelajaran daripada kisah-kisah umat yang terdahulu,seperti umat Nabi Musa,Nuh serta kaum ‘Ad dan Tsamud.
Firman Allah dalam surah Al-Furqan ayat:44 “Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami.Mereka itu tidak lain hanyalah seperti haiwan ternakan.Bahkan mereka lebih sesat jalannya(daripada haiwan ternakan itu)”.
Begitu pentingnya akal pada manusia,sehingga Al-Quran menyebutnya sebanyak 49 kali.Bahkan surah Al-Mulk ayat 10 menjelaskan penyesalan orang yang tidak menggunakan akalnya dengan betul:Dan mereka berkata: “Sekiranya kami mendengar atau memikirkan (peringatan itu)nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala”.
Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan manusia yang berfikiran sesuai dengan kehendak Islam.
“Ya Allah,sesungguhnya aku telah menganiayai diriku sendiri kerana itu ampunilah
aku”.Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan