Hati kita hanya layak diberikan kepada Allah.Cinta kita hanya untukNYA.Jika kita berikan kepada yang lain ertinya kita tidak menghargai cinta itu….hingga kita sanggup memberikannya kepada orang yang belum tentu menghargainya.
Sebaliknya berikan hati dan cinta kita kepada Allah.Allah tidak akan mensia-siakannya.DIA akan memberikan kita ketenangan dan kebahagiaan.Cinta kepada Allah menyebabkan kita akan selalu mengingatiNYA.Inilah rahsia ketenangan di dunia dan ketenangan di akhirat.
Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang.”(Ar-Ra’d Ayat:28)
Bagi orang-orang yang mencintai Allah,keadaan sebaliknya pula berlaku.Dengan cinta Allah mereka tenang dalam derita.Rasa mulia ketika dihina.Rasa lapang ketika kesempitan.Ketika diberi kesenangan mereka bersyukur,ketika ditimpa musibah mereka sabar.Dalam apa jua keadaan mereka beruntung dan bahagia.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Ajaib bagi orang mukmin kerana bila senang dia bersyukur lalu diberi pahala.Bila susah,dia sabar lalu diberi pahala.Dalam kedua-dua keadaan dia mendapat keuntungan”.
Inilah rahsia yang ada dalam hati pecinta Allah dahulu dan sekarang sehingga mereka sanggup putus cinta kerana CINTA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan