19 Mac 2011

HADIAH BUAT ADIK



Assalamualaikum adik…..

Cepat sungguh masa berlalu,sedar x sedar usia adik dah pun 14 tahun.Bersyukurlah adik,sebab adik masih lagi berpeluang menyedut udara segar di bumi Allah ini.x ada hadiah istimewa sempena tarikh kelahiran adik,cukuplah doa dari ayah,emak,abang dan kakak untuk adik.Moga-moga adik menjadi seorang anak yang solehah buat ayah dan mak,menjadi adik yang baik buat abang dan kakak dan menjadi seorang insan yang mulia sesuai dengan maksud nama adik iaitu Athirah ( yang utama atau yang mulia).Doa adalah sebaik-baik hadiah untuk adik.Itulah yang paling penting dan utama.x payahlah adik mengharapkan sambutan harijadi yang meriah atau hadiah yang besar dari ayah,mak,abang dan kakak.x penting semua itu,yang penting ialah bersyukur sebab adik boleh lagi merasai nikmat hidup di bumi Allah ini.

Adik,sambutan harijadi x membawa apa-apa makna pun dalam hidup kita,setakat nak berseronok aje buat seketika.x usahlah adik mengharapkan ucapan,sambutan atau hadiah dari sapa2 pun.Yang penting ucapan alhamdulillah yang keluar dari mulut adik,sebagai tanda bersyukur sebab adik di panjangkan umur,masih lagi dapat berbakti  untuk ayah dan mak,masih ada lagi peluang untuk menambahkan amal ibadat,masih lagi berkesempatan untuk memohon keampunan Ilahi sekiranya ada dosa-dosa masa lalu.Setiap hari kita ada melakukan dosa,dosa yang disedari ataupun tidak.Kita hanya manusia biasa yang x terlepas dari semua itu.

Adik,gunakanlah peluang yang sedia ada untuk lebihkan amal ibadat sebagai bekalan untuk kita  menuju ke alam yang kekal abadi.Jangan bazirkan masa yang cuma sedikit untuk keseronokkan duniawi semata-mata.Ingatlah adik,dunia hanya pinjam-pinjaman,akhirat jua  kekal abadi.Usahlah adik terpedaya dengan godaan dunia yang sementara ini.Kalau tiada orang yang mengingati tarikh lahir adik,janganlah adik berkecil hati,janganlah adik bersangka buruk.Sebenarnya ayah,mak,abang dan kakak tetap mengingati tarikh kelahiran adik,lebih-lebih lagi mak sebab mak yang melahirkan adik.

x mungkin mak akan melupakan saat-saat yang paling bahagia dalam hidup mak.Pada 20/3/1997, jam 9.36 pagi,hari Khamis adik dilahirkan melalui pembedahan.Itulah kali terakhir mak mengandung dan melahirkan cahaya mata,sebab bukan adik seorang aje yang lahir melalui pembedahan,abang dan kakak juga dilahirkan melalui cara yang sama dengan adik.Bayangkan adik,untuk melahirkan kita 3 beradik,mak terpaksa melalui 3 kali pembedahan,sakit hanya Allah sahaja yang tahu,tetapi mak bersabar demi kasih sucinya buat ketiga-tiga cahaya matanya.Itulah pengorbanan yang patut abang,kakak dan adik hargai.Tiada hadiah yang lebih bernilai dapat abang,kakak dan adik berikan buat mak,pengorbanan mak x dapat dijual beli dengan wang ringgit mahupun harta menimbun serta emas permata.

Adik,mampukah kita sebagai seorang anak berkorban untuk seorang ibu.Mampukah adik,tepuk dada tanya iman.Rasanya x termampu kita berkorban sampai ke tahap macam 2.Tapi mak,sebagai seorang ibu sanggup berkorban untuk anak-anaknya.Adik,marah mak bukan bermakna mak x sayangkan kita.Mak sayangkan kita,mak nak yang terbaik untuk anak-anaknya.Cuma kita yang salah anggap,bila mak marah,kita kata mak x sayangkan kita.x ada sekelumit pun dalam hati mak,yang mak x sayangkan kitaAdik,doa mak sentiasa mengiringi kita,walau di mana sekalipun kita berada.Adik,inilah hadiah paling besar dan berharga sempena tarikh kelahiran adik dari ayah,mak,abang dan kakak.Tiada hadiah paling berharga,paling besar dan paling bermakna selain doa dari seorang ibu buat anak-anak yang disayangi.Semoga adik berjaya di dunia dan di akhirat,tetapkan matlamat adik yang satu untuk menuju syurga Allah.Kalau tiada hadiah dari ayah,mak ,abang dan kakak sempena hari lahir adik,janganlah pula adik berkecil hati,sebab nikmat dunia hanya sementara aje.Semoga adik di panjangkan umur untuk membuat sebanyak mungkin amal ibadat dan di murahkan rezeki serta di terangi hati untuk adik menimba ilmu,baik ilmu duniawi mahupun ilmu akhirat.Sayang adik kiini dan selamanya dari ayah,mak abang dan kakak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan