Bagi hamba-hamba ALLAH yang dikehendakiNYA, alam selepas mati penuh dengan bermacam-macam hasanah atau kebaikan hinggalah sampai ke hari kiamat dan mereka dimasukkan ke syurga.
Berikut adalah kebaikan-kebaikan yang akan diperolehi oleh mereka seperti disenaraikan oleh Iman Ghazali dalam kitannya Minhajul Abidin:
1.Rohnya diiringi naik kelangit dengan penuh penghormatan sedangkan badannya di alam dunia sebelum dikuburkan.
2.Selepas dikuburkan,rohnya akan aman daripada pertanyaan malaikat dan huru-hara kubur.
3.Diluaskan dan diterangi kuburannya hingga kuburan itu bertukar menjadi ‘taman syurga’sampai ke hari kiamat.
4.Nyawanya ditempatkan bersama nyawa orang-orang soleh dalam keadaan bahagia.
5.Dibangkitkan daripada kubur dan dikumpulkan di Padang Mahsyar kelak dalam keadaan mulia dan dihormati,diberi pakaian dan mahkota yang indah serta mengenderai buroq.
6.Paras mukanya bersih dan bercahaya,sebagaimana firmanNYA: “Ada wajah pada hari itu bercahaya,senyum gembira”.
7.Menerima catatan amal dari sebelah kanan (sebagai tanda selamat)dan ada pula yang tidak diberi catatan sama sekali(sebab tidak dihisab).
8.Dipermudahkan hisab,malah ada yang tidak dihisab sama sekali.
9.Timbangan kebaikannya berat,bahkan ada yang tidak ditimbang sama sekali.
10.Mendapat penghormatan menghadap Rasulullah di telaga baginda dan minum di telaga tersebut.Siapa yang minum dari telaga baginda tidak akan haus sampai bila-bila.
11.Dapat menempah Titian Sirat dan selamat daripada terhumban ke neraka.
12.Dapat memberi syafaat kepada orang lain pada saat huru-hara di Padang Mahsyar sebagaimana para Nabi dan Rasul memberi syafaat.
13.Memperolehi kerajaan yang kekal di syurga(menjadi raja).
14.Mendapat keredhaan yang maha agung daripada ALLAH.
15.Menghadap ALLAH-merupakan sebesar-besar ‘hasanah’di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan