21 April 2011

BICARA HAWA BUAT ADAM



Nak berkawan dan bersahabat dgn saya boleh,tapi ada syaratnya:

Saya x nak jumpa awak,sebab saya takutkan ALLAH…..antara saya dan awak mesti ada orang ketiga.

Saya x mahu membuat panggilan ataupun menerima panggilan dari awak,sebab saya takutkan ALLAH…saya takut nanti ada terselit dosa-dosa yang x kita sedari.

Saya x nak tunjukkan gambar saya,bukan kerana saya malu…tapi saya khuatir ianya akan membuatkan awak berdosa kerana mengumpat saya,sebab saya x lah secantik bidadari…tapi saya tetap bersyukur atas kurniaan ALLAH untuk saya.

Saya x nak sms atau chat dengan awak setiap hari,bukan kerana saya bosan dengan awak….tapi saya bimbang,andainya saya x mampu menahan keinginan dan kemahuan hati…takut nanti saya menyimpang dari niat yang sebenarnya,saya berkawan dan bersahabat dengan awak hanya kerana ALLAH.

Saya x suka dengar ungkapan cinta,kasih,sayang dan rindu,sebab antara saya dan awak tiada apa-apa ikatan….lagipun saya takutkan ALLAH,sebagai insan biasa saya kadang-kadang terpesona juga dengan keindahan ungkapan itu.Awak simpanlah ungkapan itu untuk permaisuri hati awak yang sah.Jangan sesekali lafazkan ungkapan itu,pada yang bukan menjadi hak milik awak yang sah….sebab musuh kita sentiasa menunggu peluang untuk menghancurkan kita.Awak fahamkan siapakah musuh kita?

Saya x suka bersms atau chat,perkara yang bukan-bukan…sebab ianya boleh melalaikan hati,jiwa dan perasaan saya,sekaligus saya terikut-ikut dengan musuh kita….saya lebih takutkan ALLAH dari segala-galanya…azab ALLAH tersangatlah dahsyatnya….awak fahamkan apa yang saya maksudkan.

Ok lah awak,setakat ini dulu…sebenarnya banyak lagi syarat saya untuk awak sekiranya awak nak berkawan dan bersahabat dengan saya….saya harap awak menghormati dan menghargainya…biarlah kita berkawan dan bersahabat kerana ALLAH,ukhwah kita biarlah sampai ke syurga…..insyaALLAH semuanya berkat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan