26 April 2011

MENCARI KETENANGAN



Tenangkanlah diri dengan mengingati ALLAH,
Syukur akan nilmatNYA,lafazkan ALHAMDULILLAH,
Resah gelisah di hati,damaikanlah dengan ZIKRULLAH,
Tiada ketenangan di jiwa,alunkanlah ayat-ayat suci dari kitab KALAMULLAH.

Maha suci ALLAH,subhanallah,
Syukur padaMU Ya ALLAH,alhamdulillah,
Tiada TUHAN melainkan ALLAH,lailahaillallah,
ALLAH maha besar,ALLAHUAKBAR.

Bila amarah menguasai,siramilah diri dgn berwuduk,
Bila hati berbelah bahagi,rawatlah ianya dgn bersolat,
Bila fikiran bercelaru,damaikan ianya dgn alunan ayat-ayat suci Al-Quran,
insyaALLAH ketenangan milik diri jua.

“Hai!orang-orang yang beriman,bertaqwalah kamu kepada ALLAH dan katakanlah perkataan yang teguh(benar dan tepat).Nescaya ALLAH memperbaiki amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu.Dan (ingatlah) sesiapa mentaati ALLAH dan RasulNYA,maka sesungguhnya dia telah memperoleh kejayaan yang amat besar”.
(Surah Al-Ahzab ayat:70 & 71)

Diterang dalam sebuah hadis bahawa terdapat tiga amalan yang paling teguh:
1.Hendaklah mengingati ALLAH dalam setiap keadaan (sedih ataupun gembira,kesempitan ataupun kelapangan hidup).
2.Hendaklah berlaku adil terhadap diri sendiri (yakni jangan hanya bertegas terhadap orang lain tetapi bersikap ambil mudah terhadap diri sendiri).
3.Hendaklah membantu saudara-saudara kamu dengan harta benda.

“Maka sampaikanlah berita gembira kepada hamba-hambaKU yang mendengar perkataanKU lalu  mengikuti perkataan yang paling baik daripada perkataan itu.Merekalah orang-orang yang telah diberi petunjuk hidayah oleh ALLAH dan mereka itulah orang-orang yang berakal”.
(Surah Az-Zumar ayat:18)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan