09 April 2011

NASIHAT SEPANJANG HAYAT



Usman r.a telah berkata:
“Sesiapa yang memelihara solat lima waktu dengan menunaikannya terus menerus,tepat pada waktunya,maka ALLAH menganugerahi kepadanya sebanyak sembilan kemuliaan iaitu:

1.ALLAH cinta kepadanya.

2.Tubuhnya menjadi sihat.

3.Ia di jaga oleh para Malaikat.

4.Turun keberkatan ke rumahnya.

5.Timbul di wajahnya tanda orang-orang soleh.

6.ALLAH melembutkan hatinya.

7.Dia akan melalui titian “Siratul Mustaqim”sepantas kilat.

8. ALLAH menyelamatkannya dari api neraka.

9.ALLAH menempatkannya di sisi para waliNYA yang tidak pernah merasa takut 
  dan sedih.



Dari Usman r.a:

“Sesungguhnya ALLAH telah menyembunyikan enam perkara iaitu:

1.ALLAH telah menyembunyikan redhaNYA dalam taat.

2.ALLAH telah menyembunyikan murkaNYA di dalam maksiat.

3.ALLAH telah menyembunyikan namaNYA yang MAHA  AGUNG  di dalam
   AL-QURAN.

4.ALLAH telah menyembunyikan LAILATUL QADAR di dalam bulan RAMADAN.

5.ALLAH telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
   (yang lima waktu).

6.ALLAH telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.



Dari Hassan Basri:
“Sesungguhnya kerosakkan hati adalah berpunca dari enam perkara iaitu:

1.Mereka melakukan dosa dengan harapan akan bertaubat.

2.Mereka menuntut ilmu,tetapi tidak mahu mengamalkannya.

3.Apabila beramal,mereka tidak ikhlas.

4.Mereka makan rezeki dari ALLAH,tetapi tidak mahu bersyukur.

5.Mereka tidak redha dengan pemberian ALLAH.

6. Mereka mengkebumikankan orang-orang yang mati,tetapi     tidak mahu mengambil 
iktibar.



Sebahagian ahli hikmah berkata:
“Apabila orang yang berakal mahu bertaubat,maka sepatutnya dia melaksanakan 10 perkara berikut”:

1.Memohon keampunan dengan lidahnya.

2.Menyesali (perbuatan) dengan hatinya.

3.Melepaskan (perbuatan) dari badannya (iaitu berhenti dari melakukannya).

4.Berazam uuntuk tidak kembali (melakukan perbuatan itu) buat selama-lamanya.

5.Cinta kepada akhirat.

6.Benci kepada dunia.

7.Sedikit bercakap.

8-9.Sedikit makan dan sedikit minum,sehingga (dadanya) lapang untuk menuntut ilmu dan beribadah.

10.Sedikit tidur.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan