28 April 2011

UKHWAHFILLAH



Alhamdulillah,hari ini masih lagi berpeluang untuk mencoretkan sepatah dua kata kat dalam blog ni.Citernya masih berkisarkan orang yang sama.Seorang sahabat dan juga seorang abang yang baik.

Nama dan alamatnya dirahsiakan…pada hal saya pun x tahu nama penuhnya,alamatnya sebab itu saya cakap nama dan alamatnya dirahsiakan…hehehe.Walauapapun yang terjadi,abang saya ni memang seorang yang baik dan saya adiknya yang x baik mana pun….huhuhu.(Bila masa dia jadi abang saya dan bila masa saya jadi adik dia,hanya takdir yang menentukan….dia panggil saya adik dan saya panggil dia abang,itulah ukhwah antara abang dan adik….hehehe)Apapun Islam tetap bersaudara,cuma ada batas-batas tertentu yang memisahkan.Ukhwah antara saya dan abang semata-mata kerana ALLAH.
Seperti kata abang:
“itulah bkti kasih syg ALLAH, ukhwah kerna DY walopon sngkt mbuah kasih syg antara kita.....insya'allah sntiase bersama redhaNYA...aamiin (",") “.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin….

Hari ini abang sibuk dengan exam,tapi masih sempat lagi mengirimkan ilmu yang bermanfaat buat saya dan sahabat-sahabatnya.Ilmu yang abang kirimkan,mengajak saya membayangkan malam pertama di alam barzakh,semua orang tahu kan apa itu alam barzakh,kalau x tahu saja sangat.Ngeri rasanya,bila membayangkan malam pertama di alam barzakh,sekiranya  tiada persediaan dibuat serapi mungkin.x dapat nak bayangkan,betapa azabnya di sana nanti.

Kenapa kita x mempersiapkan malam pertama kita di alam barzakh serapi mungkin,sebagaimana kita mempersiapkan malam pertama kita dalam sesebuah perkahwinan?Sebenarnya saya x pandai nak mengarang ayat yang benar-benar power,mengenai permasalahan ini, “malam pertama di alam barzakh dan malam pertama dlm sesebuah perkahwinan”.Masing-masing tepuklah dada tanyalah iman.Akal fikiran saya masih kebudak-budakan,mana mungkin pendapat saya diterima.Kalau tanya abang mungkin abang boleh menjawabnya.

Abang masih lagi menuntut kat sebuah IPTA.Abang berusaha sedaya mungkin untuk merealisasikan cita-cita dan impiannya untuk menjadi seorang jurutera.Walaupun sibuk dengan aktiviti seharian,masih lagi sempat menghubungi saya,perantara antara saya dan abang hanyalah send mesej kat inbox masing-masing.

Syukran ya buat abang,kerana tanpa jemu-jemu memberi saya nasihat dan berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat,walaupun masa abang amat terbatas sekali.Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala kebaikan abang.Moga abang sentiasa dalam rahmat ALLAH…insyaALLAH.Setiap hari ada saja nasihat dari abang untuk saya.Syukur sangat-sangat kerana ALLAH menganugerahkan saya seorang sahabat juga seorang abang yang baik….alhamdulillah.

Sekian citer saya untuk kali ini,berkisarkan tentang seorang sahabat dan juga seorang abang yang baik…..dah xde ideal la,x pa la,lain kali kalau ada masa dan keadaan mengizinkan,akan saya rungkai lagi satu persatu mengenai kebaikkan abang saya ni.Tapi nama dan alamat penuh mestilah dirahsia……hehehe.
Abang,maafkan saya…citer saya kali ini masih berkisarkan tentang abang,saja je nak penuhkan blog dengan citer-citer yang bermanfaat.Copy and paste gambar diatas,jangan marah saya ya....adik abang ni kadang-kadang nakal juga.Moga-moga ianya menjadi contoh ikutan terbaik sepanjang zaman….insyaALLAH.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan