24 April 2011

DOA



Doa ditolak kerana beberapa sebab:

1.Kita mengenal ALLAH tetapi segala hak yang diamanahkan kepada kita tidak dilaksanakan.

2.Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam diremehkan walaupun kita menyintainya.

3.Al-Quran dibaca siang dan malam tetapi kita tidak beramal dengannya.

4.Tidak bersyukur di atas segala nikmat yang ALLAH kurniakan.

5.Syaitan dijadikan sahabat walaupun lidah mengatakan ia musuh.

6.Kita tidak beramal bersungguh-sungguh walaupun kita mengetahui bahawa syurga itu benar.

7.Maksiat kita lakukan berleluasa walaupun kita tahu neraka itu adalah balasan untuk orang yang melakukan maksiat.

8.Tidak menyediakan bekalan hari akhirat walaupun kita percaya mati itu benar.

9.Sentiasa mencari keaiban dan kesalahan orang tetapi tidak memerhatikan keaiban diri sendiri.

10.Tidak mengambil iktibar dan pengajaran setelah menguburkan orang mati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan