PANTUN SUKA-SUKA AJE SEKADAR MENGISI MASA LAPANG
Usia semakin meningkat,
Kematian semakin dekat,
Perbanyakkan amal ibadat,
Untuk menuju ke akhirat.
Usahlah berduka lara,
Hidup di dunia hanyalah sementara,
Perbanyakkan amalan untuk bekalan diri,
Buat perjalanan ke negeri yang abadi.
Syukurilah nikmat kurniaan ALLAH,
Dengan ungkapan ALHAMDULILLAH,
Basahilah bibir dengan ZIKRULLAH,
Agar hati sentiasa mengingati ALLAH.
Akal anugerah ILAHI,
Gunakanlah sebaik-baik mungkin,
Fikirkanlah yang terbaik sekali,
Moga idea datang secara spontan.
Mimpi mainan tidur hanya seketika,
X usah lalai x usah leka,
Jika impikan yang solehah,
Perbaiki diri sendiri menjadi yang soleh.
Solat sehari semalam 5 waktu sudahlah tentu,
Subuh,zohor,asar,maghrib dan isyak,
Jangan lalai dan leka tidak menentu,
Supaya selamat siksaan kubur dan di akhirat kelak.
Hidup di dunia hanyalah sementara,
Akhirat jua kekal abadi,
Berbaiklah sesama saudara,
Agar hidup kita diberkati ALLAH.
Jadilah seorang hamba yang bersyukur dengan rela hati,
Akan nikmat kurniaan ILAHI,
Apa sahaja musibah yang datang,
Hadapi dengan hati yang tenang.
Jangan asyik terlalu memuji,
Nanti riak datang bertandang dalam diri,
Kita hanya insan biasa di dunia ini,
Sering sahaja ada kekurangan dalam hidup ini.
Hidup biarlah sentiasa dalam redha ILAHI,
Jagalah adab dan perhubungan denganNYA,
ZIKRULLAH sentiasa di hati,
Moga kita mendapat keredhaan dariNYA.
Penuhilah dada dengan iman,
Agar x terkeluar dari landasan,
Amal, iman dan taqwa jadi sandaran,
AL-QURAN dan SUNNAH jadi pegangan serta ikutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan