21 Februari 2011

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

Jangan sengaja lewatkan solat.Ia tidak disukai Allah.

Jangan ke bilik air tanpa  alas kaki (selipar).
Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ianya membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak 
berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh,nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka  pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca Bismillah dan doa makan.
Nanti makanan yang dimakan adalah dari rumah syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau 
kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.

Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biar mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas di tempat kerja.Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana 
mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa 
dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat rakan taulan.Nanti rosak silaturrahim.

Jangan lupa bergantung harap hanya  kepada Allah dalam setiap 
kerja.Nanti sombong bila berjaya dan kecewa bila gagal.

Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan didunia.
Akhirat lebih utama,kekal selamanya.Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana 
di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

Jangan merokok dan memasang kemenyan  kerana asap itu adalah makanan jin.

Jangan lupa membaca BISMILLAHIRAHMAANIRRAHIM 
dan memberi salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri 
jin dan syaitan masuk bersama.

Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik 
dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

Jangan memakai tangkal kerana Allah tidak sempurnakan 
agama  pemakainya(dikhuatiri bergantung  kepada tangkal,bukan kepada Allah).

Jangan pertikaikan kenapa ISLAM berkata JANGAN sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH itu MAHA MENGETAHUI apa yang tersirat dan tersurat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan