Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah…..
kerana mengurniakan padaku sahabat-sahabat…..
yang sentiasa mencari redhaMu ya Allah…..
sahabat-sahabat yang mana ilmu penuh didada…..
sahabat-sahabat yang tidak mementingkan diri sendiri…..
sama-sama berkongsi ilmu yang dimiliki…..
Alhamdulillah,syukur padaMu ya Allah…..
kerana dengan berkat limpahMu jua…..
dapatku mengenali sahabat-sahabatku ini…..
jiwaku kini sudah terisi…..
dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat…..
tiada lagi kekosongan…..
Alhamdulillah,syukur padaMu ya Allah…..
kerana memberiku peluang untuk bersahabat…..
sahabat yang sentiasa mendorongku….
kearah kebaikan,kearah kedamaian…...
kearah kebenaran……
kearah mencari redhaMu ya Allah……
Alhamdulillah,syukur padaMu ya Allah…..
kerana memilihku diantara hamba-hambaMu…..
yang selama ini masih tercari-cari…..
akan nikmat kehidupan yang sementara di bumiMu ini…..
betapa indahnya ciptaanMu…..
hanya bagi orang yang tahu mensyukuri akan nikmatMu….
tahu untuk menghargainya…..
Alhamdulillah,syukur padaMu ya Allah…..
kerana memberiku kesempatan…..
mensyukuri akan nikmatMu…..
menghargai kehidupan yang sementara ini…..
masih sempat lagi bermuhasabah…..
siapa diri ini yang sebenarnya…..
hanyalah seorang insan kerdil…..
insan yang tak punya apa-apa….
terima kasih yang Allah….
kepadaMu hambaMu ini berserah diri…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan