“Ya Allah,rahmatilah aku sehingga aku dapat meninggalkan segala maksiat selama Engkau menghidupkan aku.Rahmatilah aku supaya aku tidak menanggung apa-apa beban yang tidak memberi manfaat kepadaku.Kurniakanlah kepadaku pandangan yang baik terhadap amalan yang membawa aku kepada keredaanMu.Wahai Tuhan yang mencipta langit dan bumi,wahai Tuhan yang memiliki kehebatan dan kemuliaan serta kehormatan yang tidak mungkin dapat dicapai oleh sesiapapun.Wahai Allah,wahai Yang Maha Pemurah,aku memohon dengan kehebatan dan nur wajahMu supaya Engkau menetapkan hatiku untuk menghafal kitabMu sebagaimana Engkau telah mengajarku.Dan kurniakanlah(taufik) supaya aku dapat membaca Al-Quran dengan cara yang menyebabkan Engkau reda terhadapku.Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi,yang memiliki kehebatan,kemuliaan dan kehormatan yang tidak dapat dicapai(oleh sesiapapun),wahai Allah dan wahai Tuhan yang Maha Pemurah,aku memohon dengan kehebatan dan nur wajahMu supaya Engkau mencahayakan penglihatanku dengan nur kitabMu dan Engkau menggerakkan lidahku untuk menyebut Al-Quran dan Engkau menghilangkan kesempitan hatiku dengan keberkatan Al-Quran dan Engkau melapangkan dadaku dengan keberkatan Al-Quran dan Engkau membasuh badanku dengan Al-Quran(daripada kekotoran dosa)kerana sesungguhnya tiada pembantu bagiku ke atas perkara yang haq(benar) kecuali Engkau dan tidak ada yang mengurniakan perkara haq itu(kepadaku) kecuali Engkau.Dan tiada daya(untuk melakukan sebarang kebaikan) dan tiada upaya(untuk menjauhi sebarang kejahatan)kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan