08 Februari 2011

IBU DAN AYAH

Aku seorang anak yang degil.Setiap hari aku memberontak,nak tukar sekolah.Aku tak sanggup bersusah,setiap hari naik bas ke sekolah.Sebelum ini aku ke sekolah ibu yang hantar dengan kereta.Dah hampir seminggu kereta rosak,masih kat bengkel lagi.

Setiap hari aku mengugut ibu dan ayah,nak tukar sekolah.Kalau ibu dan ayah tak nak tukarkan aku,aku tak nak pergi sekolah lagi.Aku paksa ibu,aku paksa ayah.Aku bagi amaran,kalau kereta tak siap dibaiki lagi,aku tak nak pergi sekolah lagi.
Anak apakah aku ini?Aku berdosa pada ibu,aku berdosa pada ayah.Ya Allah,ampunkanlah aku,masih adakah tempat untukku di syurgaMu nanti.Aku anak derhaka.Ibu, maafkanlah anakmu ini.Ayah, maafkanlah anakmu ini.

Masih tergiang-giang di telingaku kata-kata dari ibu di suatu pagi,

“bayangkanlah kalau ibu dan ayah tiada lagi,mungkin esok atau lusa,apa akan jadi pada adik,menangis air mata darah sekalipun,ibu dan ayah tak akan kembali lagi,kalau nak berjaya ,kat mana-mana adik sekolah pun adik boleh berjaya”,kata ibu  dengan perasaan sebak.

“kalau macam inilah sikap dan perangai adik,ibu dan  ayah lebih rela mati lagi,dari terus menghadapi kerenah adik.Tak sayangkah adik pada ibu dan ayah,ingatlah adik,kalau nak berjaya dalam hidup di dunia mahupun di akhirat mesti dengan restu ibu bapa.Ingatlah adik dalam menuntut ilmu,kesabaran itu penting,apalah salahnya kalau adik bersusah payah dahulu,manalah tahu kalau ada rezeki adik,adik boleh berjaya di kemudian hari,insyaAllah.Siapa tahu apa yang Allah aturkan untuk kita hamba-hambaNya”,kata ibu lagi.

Ayah dah tak tahu nak cakap apa lagi,dah berbuih mulut ayah bagi nasihat.Tetap aku tak endahkan,aku masih lagi dengan keputusan aku nak tukar sekolah.Alasan yang aku berikan pada ibu dan ayah,sekolah jauh,aku tak sanggup naik bas lagi,aku tak boleh menguasai bahasa arab,bahasa arab susah.

Aku terpaksa pergi sekolah awal,walaupun aku sekolah sesi petang,sebab ada kelas bahasa arab.Kadang-kadang tu dari pukul 9.00 pagi hingga jam 6.45 petang aku kat sekolah.Letih hanya Allah saja yang tahu.

Balik aje dari sekolah,aku ugut ibu,aku ugut ayah.Aku tetap dengan keputusanku nak tukar sekolah.Sampaikan kesabaran ibu dan ayah mencapai tahap maksima,ibu dan ayah tak boleh bersabar lagi dengan kerenah aku.Ayah yang tak pernah memukul anak-anaknya,hilang kesabaran.Tapi iman ayah masih lagi dapat melawan godaan iblis syaitan,ayah cepat-cepat beristighfar.Kalaupun ayah mengangkat tangan mahu memukulku,tangan ayah tak pernah menyentuh tubuh badanku,hanya separuh jalan sahaja.Kata ayah,ayah tak sanggup menyakiti anak-anaknya.Betapa baiknya ayah,tapi aku saja yang tak tahu bersyukur,dapat ibu dan ayah yang penyayang.

Hari-hari aku sakiti hati ibu,aku sakiti hati ayah.Aku membuatkan airmata ibu menitis menangisi kerenahku.Aku anak yang tak tahu bersyukur,aku anak derhaka.Aku  membuatkan ibu dan ayah kecewa.Aku sia-siakan pengorbanan ibu dan ayah.Ibu dan ayah terlalu meletakkan harapan yang tinggi padaku untuk berjaya,sebab kata ibu dan ayah,aku anak yang bijak,aku anak yang pintar.

Ibu,maafkan anakmu ini.Ayah,maafkan anakmu ini.Aku berdosa.Aku tak menghargai jasa dan pengorbanan ibu dan ayah.Aku terlalu mengikut hawa nafsu yang melalaikan.
Aku mengikut hasutan iblis syaitan,sampaikan sanggup menjadi anak derhaka,
sedangkan aku tahu syurga di bawah telapak kakimu ibu.Restumu ibu dan restumu ayah amat penting untuk aku berjaya,tapi aku sia-siakan.

Ya Allah,masih terbukakah pintu taubat untukku hambamu yang hina ini,Aku sia-siakan pengorbanan ibu dan ayahku semasa hayat mereka masih ada.Aku banyak berdosa pada ibu dan ayahku.Tak dapat aku bayangkan andainya ibu dan ayah pergi sebelum aku memohon keampunan di atas segala keterlanjuranku.Ibu dan ayah,maafkanlah anakmu ini.Ya Allah,ampunkanlah aku hambamu yang hina ini.

Terima kasih Ya Allah,kerana memberiku kesempatan memohon keampunan dari ibu dan ayah.Sesungguhnya aku takut dengan azabMu Ya Allah,ingin aku memohon keampunan dari ibu dan ayah di atas keterlanjuranku……..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan