09 Februari 2011

AISYA HUMAIRA

Kau serikandi tercinta…..
namamu harum mewangi…..
semulia pemiliknya……
semerbak haruman kasturi…..
seindah kuntuman bunga…..
mekar di taman firdausi…..
menjadi sanjungan hingga kini…..
kerana budi pekertimu…..
kerana pengorbananmu…..

kau diciptakan…..
sebagai serikandi……
untuk berbakti kepada suamimu…..
memberi semangat kepada suamimu…..
dalam meneruskan perjuangannya yang suci…..
demi agama tercinta……

setiap perjuangan memerlukan pengorbanan……
pengorbananmu tiada bandingan…..
pengorbananmu sungguh murni……
pengorbananmu tulus suci…..
pengorbananmu hanya satu…..
demi menegakkan agama Islam…..

kau seorang  isteri mithali…..
kau serikandi,peniup semangat suamimu…..
kau menjadi contoh tauladan….
wanita akhir zaman….
namamu dikenang hingga kini…..







Tiada ulasan:

Catat Ulasan