09 Februari 2011

YA RASULULLAH KEKASIH ALLAH

Ya Rasulullah,
aku cintakan tuhanmu…..
aku rindukan akhlakmu…..
aku kasihkan peribadimu…..
aku sayangkan agamamu…..

Ya Rasulullah,
Kekasih Allah……
Kekasih yang tiada bandingan…..
Kekasih sejati…..
hanya  engkau ya Rasulullah….

Ya Rasulullah,
peribadimu tidak mampu kumiliki…..
akhlakmu tidak mampu kutandingi…..
kasih sayangmu pada umatmu tidak mampu kuikuti…..
pengorbananmu tidak mampu kujejaki…..
kerana aku hanya insan biasa…..

Ya Rasulullah,
tak termampu aku untuk mengikuti jejak langkahmu…..
yang sanggup berkorban apa saja….
demi menegakkan syiar islam…..
sesungguhnya aku insan kerdil…..
terima kasih ya Rasulullah…..
kerana menyayangi umatmu……
hingga keakhir hayatmu…..

Ya Rasulullah,
Kekasih Allah…..
akhlakmu mulia……
peribadimu mempesonakan……
jujurmu menambat hati……
sehinggakan kau di gelar Al- Amin……
keperibadian dan kejujuran yang kau miliki……
menambat hati seorang hartawan lagi dermawan…..
Saidatina Siti Khatijah empunya diri……

Ya Rasulullah,
perjuanganmu menegakkan agama tercinta……
tanpa mengharapkan balasan…..
mampukah aku dan umat-umatmu…..
di akhir zaman ini mengikut jejak langkahmu…..
“Ya Allah bantulah kami hamba-hambaMU yang hina ini untuk meneruskan perjuangan kekasihMU”…..
“Ya Allah,sesungguhnya kami rindu akan kekasihMU”….
“Ya Allah sesungguhnya kami cinta akan kekasihMU”…..

Ya Rasulullah,
kau tetap di hati kami semua……
“Sallallahu ‘Ala Muhammad , Sallallahu ‘Alaihi Wassalam,
Sallallahu ‘Ala Muhammad , Sallallahu ‘Alaihi Wassalam”….
selawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam…..
Kekasih Allah……….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan