Aishah bt Ahmad….mak saudara saya,kakak kepada ayah saya….saya panggil dia mak jang je…..dia seorang mak saudara yang sangat baik….peribadi dia sungguh mulia…..dia seorang ustazah di Sek Keb Tanah Liat,Bukit Mertajam….mungkin sesuai dengan tugas dia sebagai seorang ustazah,maka dia memiliki peribadi anggun dan menawan….baiknya dia x terungkap dengan kata-kata….sesiapa yang mengenalinya,pasti akan mengingatinya….dia seorang anak yang baik….dia seorang kakak yang baik…..dia seorang adik yang baik….dia seorang isteri yang baik…..dia seorang ibu yang baik…..dia seorang ibu saudara yang baik…..sanggup berkorban untuk kesenangan orang lain…..memang payah nak ditemui seorang insan yang baik seperti mak saudara saya ni…..bukanlah nak bangga diri…dah ini kenyataannya…..dia memang baik sangat….pengorbanan dia rasa-rasanya x terbalas dengan wang ringgit ataupun harta yang tinggi menggunung……bila orang kata apa-apa kat dia….dia diam je,kadang-kadang senyum je….x membalas balik kata-kata orang,jauh sekali nak berdendam……hanya mampu mengucapkan alhamdulillah,dan mendoakan kebaikan orang…..itu peribadi dia…..kehidupan dia x lah sesenang mana,walaupun dia seorang guru…..tapi alhamdulillah dia bahagia…..
Saya pun kalau boleh nak memiliki peribadi seperti mak saudara saya ni…..insyaAllah….
bila dia jumpa atau call sapa-sapa pun….mesti dia tanya khabar dulu…sihat ke atau x…saya pun kadang-kadang terikut-ikut cara mak saudara saya ni….bagus sebenarnya tanya khabar orang ni…..menunjukkan ada yang prihatin kat kita…..disamping tu orang mendoakan kebaikan kita….saya memang suka cara mak saudara saya ni…..sentiasa mengambil berat,prihatin kat orang yang dikenalinya mahupun x dikenalinya…..keramahannya memikat hati sesiapa yang mengenalinya…..cepat mesra ngan sapa-sapa pun….yang lama dikenali mahupun yang baru dikenali,semua mesra dengannya…..x memiliki langsung sikap x suka kat orang….katanya makhluk Allah yang bergelar insan semuanya sama disisi Allah,tiada yang membezakan,hanya manusia je yang membezakannya….mengira pangkat dan darjat,miskin kaya…..semua tu x dimiliki oleh mak saudara saya……dia sedar,dia asal dari keluarga susah,dia mahu mengekalkan sifat yang sedia ada dari dulu hingga kini….x akan berubah biar pun dia kini seorang guru….cuma taraf kehidupan yang berubah…..dia selalu cakap kat anak-anak mahupun anak saudaranya,pelajaran penting untuk masa depan…..orang x akan pandang pada yang x ada pelajaran…..walau susah macam mana sekalipun,belajar tetap belajar….ini semua untuk masa depan….
Celoteh panjang pula saya ni…..mak saudara saya mempunyai 6 orang anak,meninggal seorang….kini tinggal 5 orang je…..pengorbanan dia memelihara 2 orang anak yatim,sangat mulia…..anak-anak yatim tu bukanlah orang lain dengan saya….sepupu saya juga,anak kepada abang ayah saya…..mak diaorang meninggal ketika diaorang masih kecil…..jadi,mak saudara saya ambil keputusan untuk memelihara diaorang….katanya takut nanti menjadi mangsa ibu tiri…..sebab berdasarkan pengalaman dia mempunyai seorang ibu tiri…...kisah ibu tiri ni bukan cerita dongeng atau hanya rekaan semata-mata,tapi kenyataan….hanya sapa-sapa yang mengalaminya akan tahu betapa peritnya mempunyai seorang ibu tiri…..x dinafikan bukan semua ibu tiri macam tu,ada yang baik…..
Pengorbanan mak saudara saya kepada adik beradiknya….juga kepada anak-anak saudaranya memang patut dipuji……sentiasa mengambil berat akan masalah adik beradik,anak-anak saudara….memang bertuah,memang beruntung saya mempunyai mak saudara sepertinya…...x mengira wang ringgit,tenaga….kalau boleh semuanya nak dibantunya….biarlah dia seorang je yang susah…..dia x mahu adik beradik,anak-anak saudaranya susah…..pengorbanannya untuk keluarga tersayang,x terungkap dengan kata-kata….payah sungguh nak di ceritakan…..sukar nak ditemui orang sebaik dia….wang ringgit x yah nak dikiralah….sebab katanya wang ringgit dan harta boleh di cari tapi hubungan adik beradik susah nak dicari….kalau nak diceritakan mengenai mak saudara saya ni…..banyak sebenarnya,boleh dibuat novel…tapi saya ringkaskan…..peribadi dia yang membuatkan saya kagum dan saya ingin memiliki peribadi sepertinya….pengorbanan dia x terbatas….setiap ketika,setiap saat,setiap masa,setiap detik,setiap jam,setiap waktu…..dia contoh terbaik….dia contoh tauladan buat semua…..andai saya memiliki peribadi sepertinya,alangkah bahagianya…..doa-doakan untuk saya ya….insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan