Nikmat-nikmat itu jika disyukuri akan tetap bertahan dan jika diingkari akan lari.Dunia itu jika diperlakukan dengan huru-hara akan berlalu dan jika diperlakukan dengan bijaksana akan menipu.
Seringkali kenikmatan itu akan melahirkan penyesalan,kesalahan remeh akan menghantar kepada kehinaan,kemaksiatan akan menyebabkan hilangnya nikmat dan tertawa akan berakhir dengan tangisan.
Kebahagiaan adalah ketika jiwa telah berjaya mencapai tingkat kesempurnaannya,kemenangan adalah ketika jiwa telah mendapat buah dari amalannya dan nasib yang baik adalah ketika dunia yang dicarinya telah mengabdi kepadanya.
Tiga jenis akhlak dari syurga dan tidak didapati kecuali orang yang baik budi pekertinya.Memaafkan orang yang zalim kepadamu,memberi dan menolong orang yang bakhil kepadamu dan membantu orang yang bersalah kepadamu.
Jangan marah,sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa,mengubah perilaku,memburukkan pergaulan,merosakkan cinta dan memutuskan tali silaturrahim.
Orang yang dituntun oleh agamanya , yang diluruskan oleh akalnya , yang dijaga oleh hartanya dan yang dihiasi oleh rasa malunya maka dia telah menghimpunkan semua nilai keutamaan dalam dirinya.
Berbahagialah orang yang jika mendapat limpahan nikmat maka akan bersyukur,jika diuji maka akan bersabar,jika berbuat dosa maka akan beristighfar,jika marah maka akan segera mengawalnya dan jika berkuasa maka akan berlaku adil.
Tidak ada kunci yang tidak boleh dibuka.Tidak ada simpul yang tidak boleh dilepaskan,tidak ada jarak yang jauh yang tidak boleh didekatkan dan tidak ada yang hilang yang tidak boleh ditemukan……namun semua itu ada ketikanya.
Kemuliaan itu bukan pada kegagahan dan penampilan.Kurangnya harta yang dimiliki seseorang bukan petunjuk bahawa dia hidup sengsara.Begitu pulalah dengan kebahagiaan,tidak dinilai daripada jumlah kekayaan dan kemegahan.
Akhlak dan tindakan yang baik lebih indah daripada wajah yang tampan,mata yang hitan dan pipi yang licin.Keindahan makna lebih utama daripada keindahan bentuk.
Indahnya kemenangan akan menghapus getirnya kesabaran,nikmatnya kemenangan akan menghapus semua keletihan dan kerja yang cermat akan menghapuskan rintangan yang akan dihadapi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan